MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/11/2009
Soalan (a) Sila nyatakan bilangan projek perumahan terbengkalai yang masih ada di Pulau Pinang? (b) Berapakah bilangan projek yang telah selesai dipulihkan dan berapakah yang masih dalam proses pemulihan?
Dun -
Exco Y.B. TUAN WONG HON WAI
Perkara ADUN

Jawapan
(a) Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan projek yang masih terbengkalai di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 10 projek iaitu:

i. Taman Singgahsana Putera, Seberang Perai Utara;

ii. Taman Orkid Indah, Seberang Perai Utara;

iii. Mengkuang Heights, Seberang Perai Tengah;

iv. Taman Terubong Indah, Daerah Timur Laut;

v. Taman Desa Aman, Daerah Timur Laut;

vi. Taman Gelugor, Daerah Timur Laut;

vii. Sri Dahlia, Daerah Timur Laut;

viii. Taman Perwira Fasa III, Seberang Perai Tengah;
ix. Krystal Park, Seberang Perai Tengah; dan

x. Taman Nuri, Seberang Perai Selatan.

(b) Untuk projek yang telah selesai dipulihkan dan telah mendapat Sijil Layak Menduduki (O.C) adalah seperti berikut:

i. Taman Malwira, Seberang Perai Tengah.

Sementara bagi projek yang masih dalam proses pemulihan terbahagi kepada 2 kategori, iaitu;

i. Projek dalam proses permohonan O.C iaitu;

- Taman Widuri, Seberang Perai Selatan; dan

ii. Projek yang sedang dipulihkan iaitu;

(i) Taman Suria, Seberang Perai Selatan;

(ii) Taman Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan;

(iii) Taman Pekatra, Seberang Perai Selatan;

(iv) Taman Guar Perahu Indah, Seberang
Perai Tengah;

(v) Taman Aman Bayu, Seberang Perai Utara;

(vi) Taman Fettes Villa (The Peak), Daerah Timur Laut;

(vii) Taman Cemerlang, Daerah Timur Laut; dan

(viii) Taman Seri Sayang, Daerah Barat Daya
Kembali