Jawapan
Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
8. Kilang Getah Lee Rubber Co. (Pte) Ltd. di Paya Terubong merupakan sebuah kilang yang mempunyai lesen memproses getah dan lesen penstoran hasil petroleum daripada MPPP kerana telah mematuhi syarat-syarat Jabatan Teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Daripada pemantauan yang dibuat dari semasa ke semasa, secara keseluruhannya, kilang diselenggara dengan baik dan kebersihan juga dijaga dengan memuaskan, sepanjang tahun 2009 tiada aduan bau busuk daripada Kilang Lee Rubber, Paya Terubong yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar.
Mengenai kawalan ‘effluent’, pihak kilang mempunyai perakuan dan kelulusan pelesenan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978 oleh Jabatan Alam Sekitar. Pelepasan ‘effluent’ adalah mengikut piawaian dan terkawal.
Pihak kilang juga telah mengambil langkah-langkah mengurangkan bau dari kilang termasuk pemasangan alat “scrubber†dan cerobong seperti mana yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Pihak kilang telah mengambil inisiatif dengan mengurangkan bau busuk daripada kilang tersebut dengan menyembur agen peneutral bau dan bekerjasama dengan penduduk setempat untuk menghadkan masa operasi bagi mengelakkan bau busuk mengganggu penduduk semasa mereka berada dirumah.
Kilang Lee Rubber Paya Terubong juga mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Di Tetapkan) (Kilang Getah) dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Kerajaan Negeri belum ada rancangan untuk memindah kilang ini ke tempat lain.