MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/11/2009
Soalan Cara pelupusan sampah yang sedia ada di Pulau Burung telah pun banyak mendatangkan masalah pencemaran di perairan ini. Bilakah pihak pengusaha akan mendirikan sebuah kilang kitar semula di situ? Bagaimanakah pihak pengusaha sampah menangani "leachate" sampah yang sedia ada?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara ADUN

Jawapan
8. Kerajaan Negeri telah membenarkan sistem yang diamalkan disambung untuk tempoh 2 tahun lagi iaitu bagi tempoh 1 Ogos 2009 hingga 31 Julai 2011 dengan syarat yang lebih ketat terutama berhubung rawatan ‘leachate’.

Lokasi persampelan dipilih berdasarkan keperluan dan arahan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan setiap lokasi telah mendapat kelulusan bertulis daripada JAS. Terdapat 5 lokasi persampelan air bawah tanah, 3 lokasi persampelan air laut, 2 lokasi persampelan air sungai dan 1 lokasi persampelan ‘leachate’. Genap setahun beroperasi satu lagi lokasi persampelan ‘leachate’ telah ditambah menjadikan 2 lokasi. Lokasi persampelan meliputi kawasan di dalam tapak pelupusan dan di sekitar laut di Pulau Burung.

Bagi persampelan air sungai, lokasi diambil di kuala dan muara Sungai Tengah. Bagi persampelan air laut, sampel diambil pada waktu air pasang dan air surut di 3 lokasi di sekeliling tapak pelupusan Pulau Burung.



Sampel diambil 2 kali pada setiap bulan dan laporan akan disediakan sebulan sekali untuk dikemukakan kepada JAS dan jabatan-jabatan berkaitan.

Standard yang digunakan bagi menilai kualiti ‘leachate’ ialah standard B, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan ‘Effluen-effluent’ Perindustrian), 1979, manakala standard yang digunakan bagi menilai air sungai dan air bawah tanah ialah ‘National Water Quality Standard For Malaysia’ dan standard yang digunakan bagi menilai kualiti air laut ialah ‘Malaysia Interim Standards for Marine Water Quality’.

Proses rundingan awal telah bermula bagi tanah untuk ‘Material Recovery Facility (MRF)’, projek yang mengandungi fungsi kitar semula sisa pepejal dengan Idaman Bersih Sdn.Bhd. ‘concessionaire’ yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi projek tersebut. Dua Projek MRF dengan harga RM80 juta setiap satu akan dibina di Pulau Burong dan Jelutong.

Pihak syarikat juga perlu mematuhi syarat-syarat Jabatan Alam Sekitar sebelum dibenarkan menyalirkan ‘leachate’ yang terawat ke sungai berdekatan.
Kembali