MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/11/2009
Soalan Adakah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) mempunyai rancangan untuk mengamalkan satu sistem yang lebih efisien dan berkesan dalam mengendalikan permohonan-permohonan bantuan kebajikan oleh warga Pulau Pinang yang kurang bernasib baik? (a) Adakah had masa telah ditetapkan untuk memproses setiap permohonan bantuan kebajikan dan apakah proses serta kriterianya?
Dun -
Exco Y.B. TUAN PHEE BOON POH
Perkara ADUN

Jawapan
Y.B. TUAN PHEE BOON POH
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

7. (a) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang sememangnya mempunyai sistem penyampaian perkhidmatan yang efisien dan berkesan terutamanya kepada klien-klien jabatan dalam mengendalikan permohonan-permohonan bantuan kebajikan warga Pulau Pinang yang kurang bernasib baik. Sistem ini telah mendapat pensijilan MS-ISO 9001:2000. Kaedah pengurusan klien bagi permohonan bantuan adalah seperti berikut:

i) Menerima permohonan dari klien dan kes rujukan;
ii) Daftar kes dan buka fail;
iii) Siasatan serta merta untuk kes segera;
iv) Penyediaan laporan;
v) Kelulusan;
vi) Maklum kepada klien keputusan permohonan; dan
vii) Membuat pembayaran melalui baucar/bank.

(b) Had masa yang telah ditetapkan dalam Piagam Pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menggariskan tempoh bagi setiap permohonan bantuan adalah tempoh masa permohonan tersebut disiasat dalam tempoh 2 minggu dan kelulusan/pembayaran bantuan pemohon adalah dalam tempoh satu bulan. Walau bagaimanapun tempoh masa ini dapat disempurnakan sekiranya dokumen yang diperlukan lengkap dan memenuhi kehendak jabatan. Kriteria permohonan bantuan adalah seperti berikut:-

i) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia. Sekiranya Penduduk Tetap (PT) hendaklah bermastautin di Malaysia sebelum tahun 1957.

ii) Pendapatan keluarga/isi rumah tidak melebihi RM400 bagi Skim Bantuan Am dan RM720 bagi Bantuan Persekutuan.

iii) Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan akan mempertingkatkan dengan mengambil kira lain-lain faktor seperti bilangan anak tanggungan yang tinggal bersama/berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.
Kembali