MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/11/2009
Soalan Apakah rancangan pemajuan Kerajaan Negeri di kawasan seperti Pinang Tunggal, Bertam, Sungai Acheh, Pulau Betong, Permatang Berangan, Sungai Dua, Telok Air Tawar, Telok Bahang dan Penaga?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara ADUN

Jawapan
Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
13. Antara perancangan / program pemajuan yang disyorkan melalui RSNPP 2020 bagi kawasan-kawasan berikut :

i) Pinang Tunggal, SPU

- Di bawah Dasar Spatial Utama DSU9 L1, pekan ini dikenal pasti sebagai Pusat Penempatan Kecil

- Di bawah Dasar Sektoral DS21 L1, Skim Pengairan Pinang Tunggal untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi.

- Di bawah Dasar Sektoral DS22 L2 – dikenal pasti untuk aktiviti ternakan lembu & kambing secara komersial & terancang.

- Di bawah Dasar Sektoral DS33 L1 - dikekalkan sebagai perkampungan tradisional.

- Di bawah Dasar Sektoral DS43 L2 – dikenal pasti untuk pembinaan jalan baru dari Pinang Tunggal ke selatan Kedah.
ii) Bertam, SPU

- Pekan ini terletak dalam Koridor Pembangunan Utama Koridor Kepala Batas - Bertam. Aktiviti yang dibenarkan adalah perumahan, perdagangan dan Institusi

- Kawasan ini merupakan pusat penempatan utama pentadbiran daerah SPU.

- Pelaksanaan projek tebatan banjir utama antara projek Bertam - Kepala Batas akan dilaksanakan di bawah projek sambungan RMK 9.

- Kawasan ini akan dibangunkan sebagai Pusat Kecermelangan ICT (PCC).

- Cadangan pembinaan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM cawangan Bertam.

- Perancangan Perindustrian berasaskan automatif yang lengkap dengan pusat R&D.

- Rangkaian hentian bersepadu pengangkutan awam akan diwujudkan di setiap nod termasuk Kepala Batas - Bertam.

iii) Sungai Acheh, SPS

- Di bawah Dasar Spatial Utama DSU9 L1, dikenal pasti sebagai Pusat Petempatan Kecil.

- Di bawah Dasar Sektoral DS55 L6 - dikekalkan sebagai kawasan simpanan Hutan Paya Laut.

- Di bawah Dasar Sektoral DS33 L1 - dikekalkan sebagai perkampungan tradisional.


iv) Pulau Betong, DBD

- Di bawah Dasar Spatial Utama DSU9 L1, pekan ini dikenal pasti sebagai Pusat Penempatan Kecil.

- Di bawah Dasar Sektoral DS24 L3, mempertingkatkan Industri akuakultur sebagai sumber ekonomi penduduk - seperti Pembangunan Zon Industri Akuakultur Kolam Udang Harimau.


v) Permatang Berangan, SPU

- Di bawah Dasar Sektoral DS22 L2 - dikenal pasti untuk aktiviti ternakan lembu & kambing secara komersial & terancang

- Di bawah Dasar Sektoral DS343 L2 - Pembinaan jalan baru dan naik taraf jalan.

- Di bawah Dasar Sektoral DS48 L10 - termasuk dalam kawasan Rancangan Tebatan Banjir, projek baru RMK9.




vi) Sungai Dua, SPU

- Di bawah Dasar Spatial Utama DSU9 L1 - Pekan ini dikenal pasti sebagai pusat penempatan utama.

- Pekan ini termasuk dalam Koridor Pembangunan Utama Buterworth - Bagan Ajam - Teluk Air Tawar.

- Di bawah Dasar Sektoral DS22 L2 - dikenal pasti untuk aktiviti ternakan lembu & kambing secara komersial & terancang


vii) Teluk Ayer Tawar, SPU

- Cadangan Lebuhraya Pesisir Pantai Teluk Air Tawar Kuala Muda.

- Pekan ini termasuk dalam Koridor Pembangunan Utama Buterworth - Bagan Ajam - Teluk Air Tawar.

- Di bawah Dasar Sektoral DS22 L2 - dikenal pasti untuk aktiviti ternakan lembu & kambing secara komersial & terancang


viii) Teluk Bahang, DBD

- Di bawah Dasar Sektoral DS13 L5 - dikenal pasti sebagai zon pelancongan pantai & rekreasi.

- Di bawah Dasar Sektoral DS41 L2 - dikenal pasti sebagai Taman Masyarakat dan seluas1068.68 hektar akan diwartakan sebagai kawasan tadahan.

- Di bawah Dasar Khusus DK5 L1 - Kawasan ini dikenal pasti sebagai kawasan berciri istimewa untuk diurus secara bersepadu.




- Di bawah Dasar Sektoral DS24 L2, cadangan membangun kawasan Teluk Bahang sebagai zon industri akuakultur bagi penternakan ikan dalam sangkar.

ix) Penaga, SPU

- Di bawah Dasar Spatial Utama DSU5 L2 - Koridor Pembangunan Sekunder Penaga - Kuala Muda dengan memberi penekanan pengekalan kawasan jelapang padi serta pertanian yang berpotensi.

- Di bawah Dasar Sektoral DS22 L2 - dikenal pasti untuk aktiviti Ternakan lembu & kambing secara komersial & terancang

- Di bawah Dasar Spatial Utama DSU9 L1, dikenal pasti sebagai Pusat Petempatan Utama

- Di bawah Dasar Sektoral DS21 L1, membangun dan mewartakan kawasan seluas 200 ekar sebagai kawasan zon industri akuakultur bagi penternakan benih, ikan siakap dan udang harimau.
Kembali