Jawapan
Ahli Kawasan Telok Bahang (Y.B. Dato’ Dr. Hilmi bin Haji Yahaya):
Dato’ Speaker, projek pembinaan bangunan tinggi dipinggir bukit di Paya Terubong yang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang adalah seperti berikut :
Projek Majestic Height sebanyak 4 projek telah diluluskan pada 15 November 1985
Projek Sun Moon City telah diluluskan pada 25 Oktober 1984
Bukit Awana 14 Oktober 1995
Projek Bukit Saujana telah diluluskan 15 Oktober 1995
Grandview Height telah diluluskan 2 Ogos 1994
Gelanggang Kemilau Sdn. Bhd. Projek ini telah diluluskan 21 Disember 1995(5 projek).
Mengenai status projek-projek yang tersebut:-
(i) bilangan projek yang telah siap ialah sebanyak 4;
(ii) bilangan yang sedang diperingkat pembinaan ialah 5; dan
(iii) tiada projek yang belum dimulakan.
Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri telah meminta pihak IKRAM untuk menjalankan penyiasatan dan membuat kajian mengenai tanah rumah di Bukit Saujana berhampiran dengan perumahan sun Moon City di Paya Terubong. Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) telahpun menyiapkan dan mengemukakan laporan berhubung dengan kegagalan cerun di Sun Moon City termasuk kajian keselamatan 5 blok bangunan kediaman iaitu blok 8, 10, 12, 14 dan blok 6. Majlis Mesyuarat Kerajaan telahpun mengambil maklum mengenai hasil kajian IKRAM itu dan telah mengarahkan IKRAM supaya menyediakan anggaran kos dan skop kerja-kerja pencegahan dan pemulihan awal ‘quick fix’ bagi kawasan terlibat. Jumlah perbelanjaan bagi IKRAM menjalankan kajian punca kegagalan dan penyediaan laporan kejadian keruntuhan cerun tersbeut adalah lebih kurang RM450 ribu.
Bagi pelaksanaan segala langkah keselamatan yang disyorkan oleh IKRAM, kos pembaikan segera untuk mengurangkan masalah pengaliran air dan hakisan dianggarkan berjumlah antara RM200 ribu hingga RM300 ribu. Kos pembaikan cerun dan kawasan sekitar fasa pertama, kedua dan ketiga dianggarkan tidak melebihi RM5 juta. Sekian.
Ahli Kawasan Batu Lanchang (Y.B. Puan Chong Eng):
Soalan tambahan.
Tuan Speaker :
Soalan tambahan.
Ahli Kawasan Batu Lanchang (Y.B. Puan Chong Eng):
Dato’ Speaker, siapakah yang akan membayarkan semua perbelanjaan ini.
Ahli Kawasan Telok Bahang (Y.B. Dato’ Dr. Hilmi bin Haji Yahaya):
Dato’ Speaker, bagi kerja-kerja pencegahan awal, permulihan awal ataupun quick fix measure kos ini akan dibayai oleh pihak Kerajaan Negeri sebanyak anggarannya RM300,000 dan bagi kos-kos yang lain yang saya sebut tadi tidak melebihi RM5 juta. Perkara ini belum ditentukan lagi.
Tuan Speaker :
Soalan tambahan ADUN daripada Kawasan Penanti.
Ahli Kawasan Penanti (Y.B. Tuan Haji Daud bin Taha):
Dato’ Speaker, dua hari lalu digemparkan dengan satu runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur. Apakah kita bersedia untuk kali ini disini.
Ahli Kawasan Telok Bahang (Y.B. Dato’ Dr. Hilmi bin Haji Yahaya):
Dato’ Speaker inilah satu-satu soalan yang general, saya pun jawab secara general jugalah. Memang kita sentiasa memberi perhatian yang sebenarnya Dato’ Speaker bukan kawasan ini sahaja yang kita buat kajian sebenarnya telah kita melantik pihak IKRAM untuk mengkaji keseluruhan cerun-cerun yang berbahaya termasuklah Jalan Sardon dan banyak kawasan yang lain.
Tuan Speaker:
Ahli Kawasan Paya Terubong.
Ahli Kawasan Paya Terubong (Y.B. Dr. Loh Hock Hun):
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Bencana runtuh di Paya Terubong telah jadi pada 30.11.98. Sampai hari ini sudah agak enam bulan tetapi sampai sekarang nampaknya tapak tanah runtuh batu pasir lagi ada banyak di sana bukit pun tidak buat apa-apa sampai sekarang. Saya pun takut tiap-tiap kali hujan lebat saya pun takut lagi satu kali tanah runtuh ditempat sana. So macam mana kita boleh mencepatkan tapak tanah runtuh batu
atau pasir. Lagi satu mengapa Kerajaan ambil masa panjang sampai sekarang belum buat keputusan. Macam mana ini cadangan IKRAM laporan IKRAM kita mesti buat keputusan supaya ini tempat tanah runtuh jangan jadi yang kedua kali.
Ahli Kawasan Telok Bahang (Y.B. Dato’ Dr. Hilmi bin Haji Yahaya):
Dato’ Speaker, memang saya akui bahawa kerja-kerja yang dijalankan untuk membersihkan kawasan tanah runtuh itu memang lambat. Ini bukanlah kerana pihak JKR gagal tetapi oleh kerana kerja-kerja ini dijalankan hanya masa tidak hujan, bila hujan tidak boleh dijalankan kerja ini oleh kerana kita bimbang keselamatan pekerja-pekerja takut tanah runtuh lagi. Sebab itu bila keadaan hujan ini memang kerja tergendala selalulah. Hanya masa tidak hujan baru boleh buat kerja. Untuk kerja-kerja tanah dilereng bukit ini kita perlu pakar jadi kita tidak boleh buat bukan semua Jurutera boleh buat kerja di kawasan seperti ini dan pakar kita lantik ialah IKRAM. IKRAM telah mengambil masa untuk mengkaji dan telah membuat cadangan-cadangan untuk kerja-kerja tanah ini barulah kita boleh jalankan kerja tetapi mengambil masa sedikit, Dato’ Speaker.