Jawapan
36. Untuk makluman Yang Berhormat, Pen Events telah ditubuhkan pada 15 November 1999 dan mula diberi tanggungjawab mengendalikan program-program pelancongan pada bulan November 2000. Program-program yang telah dan akan dijalankan oleh Pen Events untuk menggalakkan Industri Pelancongan adalah seperti berikut:-
TAHUN 2000
A. Karnival Membeli-Belah – 2 Disember hingga 2 Januari 2001 dengan peruntukan kewangan berjumlah RM30,000.00.
TAHUN 2001
B. Acara Sambutan Konsert Tahun Baru 2001 (Kerana Mu Malaysia) – 31 Disember 2000 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan peruntukan kewangan berjumlah RM120,000.
C. Sambutan Pelancongan di lapangan terbang, pelabuhan dan stesen keretapi dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM20,000.
- Lapangan Terbang (1 Januari 2001)
- Stesen Keretapi (1 Januari 2001)
- Pelabuhan (3 Januari 2001)
D. Perayaan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri – 7 Januari 2001 di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan anggaran peruntukan berjumlah RM30,000.
E. Perayaan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina “Peringkat Kebangsaan†di Pulau Pinang – 4 Februari 2001 di Lebuh Acheh/Armenian dengan anggaran peruntukan berjumlah RM267,096.
F. Perayaan Chap Goh Mei – 7 Februari 2001 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan anggaran peruntukan berjumlah RM35,000.
G. Karnival Membeli-Belah “Peringkat Kebangsaan†di Pulau Pinang – 1 Mac hingga 4 Mac di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan anggaran peruntukan berjumlah RM180,000.
H. Citrawarna Malaysia di Kuala Lumpur – 22 Mei hingga 3 Jun 2001 dengan anggaran peruntukan berjumlah RM140,000.
I. Pesta Makanan Dan Buah-Buahan “Peringkat Kebangsaan†di Pulau Pinang – 28 Julai hingga 29 Julai 2001 di Gurney Drive (Padang Kota Baru, Pulau Pinang). Peruntukan berjumlah RM50,000 disediakan.
J. Karnival Membeli-Belah “Peringkat Kedua†di Pulau Pinang – 4 Ogos hingga 3 September 2001 di Kompleks Membeli-Belah di Pulau Pinang/Butterworth, Campbell Street dan Little India. Peruntukan berjumlah RM30,000 disediakan.
K. Karnival Membeli-Belah “Peringkat Ketiga†di Pulau Pinang – 1 Disember hingga 31 Disember 2001 di Kompleks Membeli-Belah di Pulau Pinang/Butterworth, Campbell Street dan Little India. Peruntukan berjumlah RM30,000 disediakan.
L. Sambutan Konsert Tahun Baru 2002 – 31 Disember 2001 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan anggaran peruntukan sebanyak RM100,000.
Adalah diperhatikan bahawa setakat ini pihak Pen Events telah berupaya mengendalikan program-program yang dipertanggung- jawabkan dengan baik dan jayanya melalui perancangan dan penyelarasan rapi yang diatur.