Jawapan
8. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) belum lagi melantik kontraktor yang khusus untuk mengutip bahan-bahan kitar semula.
Setakat ini, antara pihak-pihak yang telah menunjukkan minat untuk menjadi pemungut bahan-bahan kitarsemula adalah seperti berikut:-
(i) LHT Kitarsemula Sdn. Bhd.
(ii) Persatuan Kebajikan Nelayan-nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA)
(iii) Eden Handicap Service Centre
(iv) SPM Plastic Recycle Sdn. Bhd.
(v) Tsu Chi Buddhist Association
(vi) P H Metal Sdn. Bhd.
(vii) CG International
Bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, LHT Kitarsemula Sdn. Bhd. telahpun memulakan perkhidmatan pungutan bahan-bahan kitarsemula yang dikendalikannya sejak tarikh pelancaran pada 10 Mac 2001.
PIFWA juga telah mula memungut bahan-bahan kitarsemula di kawasan Hillside, Tanjung Bunga mulai 8 April 2001.
Pihak-pihak lain akan memulakan perkhidmatan kutipan bahan-bahan kitasemula setelah mendapat persetujuan dan kesediaan memulakan program oleh pihak penganjur seperti Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk, sekolah-sekolah dan hotel secara berperingkat-peringkat kelak.
Dengan adanya pihak-pihak yang sanggup melaksanakan kerja-kerja kutipan ini, MPPP tidak perlu melantik kontraktor khusus bagi tujuan ini.