Jawapan
14. Ya, kerajaan mempunyai statistik mengenai penduduk yang buta huruf di Pulau Pinang. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan yang terkini tahun 1998, kadar buta huruf di Pulau Pinang ialah 6.9% dan dengan ini jumlah penduduk yang buta huruf di Pulau Pinang ialah seramai 85,173 orang daripada jumlah penduduk 1.23 juta. Sementara itu kadar penduduk yang boleh membaca di Pulau Pinang ialah 93.1%. Dengan ini nisbah antara penduduk yang tidak boleh membaca dengan yang boleh membaca ialah 1:14.