MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Sungai Pinang (Y.B. Encik Looi Swee Cheang) bertanya kepada Ketua Menteri: 15. Kadar kemalangan jalan raya didapati semakin hari semakin meningkat. Sila nyatakan jumlah kadar kemalangan jalan raya di Pulau Pinang untuk tahun 2000. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan kadar kemalangan?
Dun -
Exco YB. DATO' KAOY KAR HUAH
Perkara Keselamatan Negara

Jawapan

15. Jumlah kemalangan mengikut negeri di Malaysia bagi tahun 1999 dan 2000 seperti berikut:-

NEGERI TAHUN 1999 TAHUN 2000
Johor 18031 17441
Kedah 5520 6684
Kelantan 1508 1906
Melaka 2699 2962
Negeri Sembilan 5654 5902
Pahang 4974 5021
Perak 10301 12977
Selangor 23760 29780
Terengganu 2374 2349
Kuala Lumpur 9329 14752
Sabah 2653 5074
Sarawak 3527 6246
Labuan 90 208
Perlis 274 498
JUMLAH 90694 111800

Manakala bagi negeri Pulau Pinang mengikut daerah bagi tahun 1999 dan 2000 ialah :


DAERAH TAHUN 1999 TAHUN 2000
Timur Laut 8252 10389
SPU 2397 2508
SPT 3581 4887
SPS 1624 1896
Barat Daya 1940 2632
JUMLAH 17794 22312

Statistik ini menunjukkan kenaikan kadar kemalangan jalan raya di Pulau Pinang khususnya sebanyak (+) 25.39% dan (+) 23.61% di Malaysia secara amnya.

Diantara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kemalangan adalah seperti berikut:

(a) PENGUATKUASAAN

Operasi penguatkuasaan dan rancangan kawalan lalu lintas yang diadakan adalah berdasarkan hasil kajian dan aspek-aspek seperti berikut:

- Tempat yang sering berlaku kemalangan jalan raya terutama sekali kemalangan maut dan parah.

- Kawasan-kawasan yang sering berlaku kesesakan lalu lintas.

- Kawasan-kawasan yang sering digunakan untuk aktiviti lumba haram di atas jalan raya terutama sekali perlumbaan haram.

- Tempat-tempat yang sering berlakunya kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Kesalahan-kesalahannya adalah seperti berikut:

i. Lari deras.
ii. Memotong secara bahaya dan menyalahi undang-undang.
iii. Tidak mematuhi arahan lampu isyarat.
iv. Tidak berhenti di persimpangan.
v. Tidak mematuhi papan tanda lalu lintas.
vi. Menggunakan telefon bimbit tanpa “Hands Free” semasa memandu.
vii. Memotong disebelah kiri.

(b) PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pihak PDRM, JPJ dan MKJR telah melaksanakan strategi kempen bersama iaitu:

- Memberi semangat kesedaran keselamatan jalan raya.
- Mendidik pengguna jalan raya.
- Menyampaikan maklumat terkini mengenai segala aspek keselamatan dan peraturan jalan raya.
- Ceramah-ceramah di sekolah/kilang.
- Seminar dan bengkel.
- Pameran.
- Melalui sikap dan sifat mesra rakyat.


(c) KEJURUTERAAN/PENGANGKUTAN AWAM

Perkara–perkara yang merangkumi aspek-aspek kejuruteraan jalan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan adalah seperti berikut:

- Pencerahan jalan di kawasan merbahaya.
- Memperkemaskan papan tanda dan perabut jalan.
- Mendirikan papan tanda panduan/nasihat lokasi yang strategik.
- Mempertingkatkan tahap kemampuan jalan-jalan.
- Membina jalan baru.
- Had laju tempatan yang sesuai.
- Mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.
- Menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam supaya bilangan kenderaan persendirian dapat dikurangkan.




Kembali