Jawapan
45. Kerajaan negeri melalui kedua-dua majlis perbandaran sememangnya ada menyediakan pelbagai kemudahan kepada golongan belia di negeri ini untuk menjalankan aktivit-aktiviti sukan dan sebagainya. Berikut disenaraikan kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan dan kadar sewa penggunaannya:-
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
(i) Kompleks Sukan MPSP Bertam
Bil. Jenis Kemudahan Kadar Sewa
Satu Perlawanan(RM) Satu hari(RM)
1. Trek Olahraga Percuma Percuma
2. Padang Bola Sepak 56.00 150.00
3. Gelanggang Tenis
2 jam siang 10.00 40.00
2 jam malam 15.00 30.00
4. Gelanggang Badminton
1 jam tanpa hawa dingin 6.00 66.00
1 jam dengan hawa dingin 10.00 110.00
5. Gelanggang Hoki 56.00 150.00
6. Gelanggang Boling Padang Percuma Percuma
7. Gelanggang Bola Jaring 60.00 150.00
(ii) Kompleks Rekreasi Sony Seberang Jaya
Bil. Jenis Kemudahan Kadar Sewa Untuk 2 jam
Siang (RM) Malam (RM)
1. Gelanggang Bola Sepak 30.00 -
2. Gelanggang Tenis 10.00 15.00
3. Gelanggang Bola Tampar 5.00 10.00
4. Gelanggang Bola Keranjang 5.00 10.00
5. Gelanggang Sepak Takraw 5.00 10.00
6. Gelanggang Bola Jaring 5.00 -
7. Dewan 50.00 100.00
(iii) Kompleks Kolam Renang Awam Seberang Jaya
Bil. Kadar Bayaran
1. Dewasa RM1.50
2. Kanak-Kanak RM0.50
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk para belia oleh MPPP selain daripada gelanggang-gelanggang sukan, ialah menyediakan juga kemudahan-kemudahan untuk kegiatan beriadah dan berekreasi. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan sekiranya tempahan dibuat melalui pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar. Sementara itu, kadar yang dikenakan kepada golongan belia untuk menggunakan gelanggang-gelanggang sukan sama sebagaimana yang dikenakan kepada orang ramai yang ingin menggunakannya iaitu seperti berikut:-
i. Balai-balai Rakyat
Lokasi Perkara Kadar
Jalan Petani Gelanggang Badminton RM7.00 sejam
Padang Serbaguna percuma
Padang Tembak Gelanggang Badminton RM7.00 sejam
Perpustakaan Komuniti percuma
Batu Lancang Gelanggang Badminton RM7.00 sejam
Perpustakaan Komuniti percuma
Taman Tun Sardon Gelanggang Badminton RM7.00 sejam
perpustakaan komuniti percuma
Tanjung Bunga Gelanggang Badminton RM7.00 sejam
Perpustakaan Komuniti percuma
Bayan Baru Gelanggang Badminton RM7.00 sejam
Perpustakaan Komuniti percuma
ii. Taman Jajar
(a) Gelanggang Tenis - RM6.00 sejam
(8:00 pagi hingga 7:00 malam)
(b) Gelanggang Sepaktakraw - RM1.00 sejam
(c) Trek jogging - percuma
iii. Taman Belia Perbandaran
- padang serbaguna
- panggung terbuka
- Youth Park Adventure Trail
- tapak perkhemahan
- trek basikal bukit
- gelanggang bola tampar dan bola jarring
- lapangan memanah
- trek jogging
- pusat kecergasan luar
- gim
- pusat permainan “Kelab Lionâ€
- gelanggang kasut roda Rotary
* kegunaan percuma
iv. Stadium Bandaraya
(a) Padang bola sepak - Pasukan Tempatan
(bola sepak dan sukan) RM40.00
Sekolah-sekolah, Persatuan Olahraga,
Jabatan-jabatan Kerajaan dan Badan-badan
Berkanun. RM150.00
(8:00 pagi – 12:00 tengahari)
RM100.00
(2:00 petang – 6:00 petang)
Badan-badan selain daripada di atas.
RM200.00
v. Kompleks Sukan Balik Pulau
Gelanggang Sepaktakraw dan Gelanggang Badminton - RM7.00 sejam (minima 2 jam)
Manakala bagi kegunaan di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (PISA), kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :-
Kemudahan Sukan
(i) Renang Hari Kerja : RM30.00 (Dewasa)
RM2.00 (Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun )
Hujung Minggu/Hari Kelepasan Am/Cuti Sekolah :
RM5.00 (Dewasa)
RM3.00 (Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun)
Pemegang Kad PISA
Hari Kerja : RM1.00 (Dewasa)
RM1.00 (kanak-kanak di bawah umur 12 tahun)
Hujung Minggu/Hari Kelepasan Am/Cuti Sekolah :
RM2.00 (Dewasa)
RM1.00 (Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun)
(ii) Bola Tampar RM18.00/jam
Berdasarkan saiz gelanggang
(yang bersamaan dengan 2 gelanggang badminton),
bilangan pemain dan kadar setanding.
(iii) Bola Kerajang RM36.00/jam
Menggunakan ruang untuk 4 gelanggang badminton.
(iv) Badminton Hari Kerja : (10 pagi - 10 mlm) RM10.00/jam
Hujung Minggu/Hari Kelepasan Am: RM10.00/jam
(10 pagi – 10 mlm)
(v) Ping Pong RM5.00/jam
Di samping itu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang juga ada menyediakan kemudahan-kemudahan kepada golongan belia di negeri ini untuk digunakan iaitu Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti berikut:-
Kemudahan Kadar Bayaran
(i) Gimnasium (bola tampar & sepak takraw) = RM30.00 satu jam
(ii) Dewan Badminton = RM30.00 satu jam
(iii) Gelanggang Bola Jaring = RM5.00 satu jam
(iv) Padang bola sepak = RM30.00 satu jam
(v) Gelanggang Tenis = RM6.00 satu jam (siang)
RM15.00 satu jam (malam)
(vi) Boling padang = RM10.00 satu rink
(vii) Bilik Mesyuarat = RM20.00 satu jam
(viii) Bilik ceramah = RM20.00 satu jam
(ix) Asrama (60 orang) = RM7.00 satu hari setiap individu
(x) Gim Rakyat Daerah Seberang Perai Utara = RM15.00 sebulan (untuk ahli sahaja)
(xi) Gim Rakyat Daerah Seberang Perai Selatan = RM10.00 sebulan (untuk ahli sahaja)