MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Jawi (Y.B. Puan Tan Cheng Liang) bertanya kepada Ketua Menteri: 21. Apakah produk pelancongan baru yang dirancangkan bagi Negeri Pulau Pinang?
Dun -
Exco YB. DATO' KEE PHAIK CHEEN
Perkara Pelancongan

Jawapan




21. Untuk makluman Yang Berhormat, produk-produk pelancongan baru yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ialah:-

(i) Projek Garden of the World

(ii) Konservasi Rumah Suffolk

(iii) Projek eko-pelancongan dari agro-pelancongan di Pulau Jerejak termasuk Jerejak Tropical Island Resort

Manakala produk-produk pelancongan baru yang dilaksanakan oleh pihak swasta ialah:-

(i) Pusat membeli-belah Perangin Mall dan Garage

(ii) Bangunan Warisan Cheong Fatt Zee Mansion

(iii) Kawasan Penginapan Summit Prescort Hotel Bukit Mertajam dan Bayan Bay Marina Resort

Selain daripada itu, produk-produk pelancongan baru yang dirancangkan untuk Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Ke-8 ialah seperti:-

(i) Projek Pembesaran Kebun Bunga

(ii) Pembangunan Bukit Bendera

(iii) Muzium Islam Pulau Pinang

(iv) Bangunan-bangunan warisan di atas tanah wakaf di Inner City

(v) Pemuliharaan Market Lebuh Campbell

(vi) Kelong, Restoran dan Chalet di Pulau Keramat dan Pulau Tikus

(vii) Pembangunan Agro-pelancongan di Mengkuang Titi, Pulau Aman, Telok Tempoyak

(viii) Pusat Rekreasi Pantai Kamloon, Seberang Perai Utara

(ix) Kawasan Bersejarah dan Kebudayaan Lebuh Acheh – Lebuh Armenian

(x) Kawasan Little India Georgetown

(xi) Hutan Lipur Bukit Juru

(xii) Jeti Pembangunan Telok Bahang


Di samping itu terdapat cadangan dan usaha-usaha untuk memajukan produk-produk pelancongan iaitu seperti:-


(i) Produk-produk agro-pelancongan dan eko-pelancongan di Kampong Seronok

(ii) Taman Negara Pantai Acheh

(iii) Pusat Rekreasi dan Hutan Pelajaran Air Itam Dalam, Sungai Dua, Seberang Perai Utara.



Kembali