MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Encik Loo Ah Dee) bertanya kepada Ketua Menteri: 20. (a) Sila nyatakan syarat-syarat yang dikenakan bagi pemasangan stesyen pemancar telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang. (b) Sila kemukakan statistik bilangan stesyen pemancar telekomunikasi yang sedia ada mengikut pecahan yang dibenarkan dan tanpa kebenaran. (c) Sama ada stesyen pemancar telekomunikasi tanpa kebenaran dikenalpasti kemunculannya dalam kawasan MPSP dan tindakan yang telah diambil pihak MPSP. Sila beri penjelasan, jikalau stesyen pemancar telekomunikasi tanpa kebenaran telah dikenalpasti, tetapi tindakan meruntuhkannya masih belum dijalankan.
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara -

Jawapan


Ketua Menteri:

20. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menerima pakai Garispanduan Mengenai Pembinaan Menara Telekomunikasi dan Struktur Sistem Pemancar seperti yang dikeluarkan oleh kementerian yang secara nyata telah menggariskan syarat-syarat dan prosidur serta dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan sebelum kelulusan dapat diberi. Pihak Majlis akan mengambil tindakan wajar terhadap sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan keselamatan. Garis panduan adalah seperti di Lampiran A berkepil.

(a) Terdapat lapan puluh (80) pemancar telekomunikasi haram dan satu (1) yang dibenarkan dalam kawasan MPPP dan sebanyak 58 pemancar telekomunikasi haram dalam kawasan MPSP yang dikenal pasti setakat ini.

(b) Butiran terperinci mengenai kedudukan dan tindakan yang diambil oleh pihak MPSP mengenai struktur telekomunikasi haram adalah seperti di dalam Jadual 1 berkepil.

Arahan telah dikeluarkan kepada semua syarikat telekomunikasi supaya tidak membuat pembinaan atau pemasangan apa-apa struktur tanpa mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

Arahan terbaru mengenai struktur yang dibina tanpa izin ialah syarikat-syarikat telekomunikasi hendaklah menurunkan struktur jika terdapat bantahan yang kuat daripada penduduk-penduduk kawasan. Pertimbangan harus dibuat mengikut merit setiap kes. Pihak syarikat/operator juga dinasihatkan supaya mengadakan perbincangan lanjut dengan badan pengurusan dan persatuan penduduk untuk mendapat persetujuan. Jangka masa yang diberikan ialah dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh 22 Mac 2001 supaya operator-operator mematuhi garis panduan dan mendapat persetujuan yang perlu. Sekiranya usaha dan perbincangan gagal, maka operator dikehendaki menurunkan struktur tersebut.

Buat masa ini pihak Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia sedang dalam proses penyediaan garis panduan yang baru untuk diguna pakai seluruh negara. Di samping itu, pihak Majlis juga dalam proses mengkaji semula garis panduan sedia ada dengan mengambil kira cadangan-cadangan daripada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia mengenai jarak antara bangunan dan struktur mengikut piawaian World Health Organisation (WHO).

Oleh yang demikian tindakan perobohan ditangguhkan buat sementara sehingga garis panduan yang baru dikeluarkan oleh pihak kementerian yang akan diguna pakai oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan.


LAMPIRAN “A”


GARIS PANDUAN MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
MENGENAI PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI
DAN STRUKTUR SISTEM PEMANCAR


A. Cadangan prosedur pengemukaan pelan untuk kelulusan adalah seperti berikut:-

1. Permohonan Merancang dan Pelan Bangunan perlu dikemukakan dan mendapat kelulusan Majlis sebelum pembinaan struktur telekomunikasi bagi menara yang dibina di atas tanah;

2. Pelan Bangunan perlu dikemukakan dan mendapat kelulusan Majlis sebelum pembinaan struktur telekomunikasi bagi struktur yang dibina di atas bangunan;

3. Struktur telekomunikasi dibenarkan dibina di atas bangunan komersial dan industri sahaja. Bagi struktur system pemancar di atas bangunan kediakan, ianya boleh dibenarkan jika persetujuan dari pemilik-pemilik unit perumahan atau Badan Pengurusan diperolehi.

4. Setiap permohonan perlu mempunyai:

(a) Pelan Lokasi;

b) Pelan Struktur;

(c) Tandatangan pemilik tanah/pemilik bangunan;

(d) Tandatangan Jurutera yang mengemukakan pelan;

(e) Pengesahan dari Jurutera bertauliah/berdaftar tentang kekukuhan dan keselamatan struktur yang dibina dan bertanggungjawab ke atas kekukuhan dan keselamatan struktur tersebut.

(f) Pengesahan dari Jurutera bertauliah/berdaftar tentang struktur sedia ada yang boleh menahan bebanan tambahan di atasnya.

5. Menara telekomunikasi yang dibina di atas tanah perlu mempunyai jarak 50 meter dari bangunan kediaman.


B. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan:

1. Surat kelulusan serta lesen yang dikeluarkan oleh Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia;

2. Surat perakuan daripada Jabatan Penerbangan Awam (JPA) bahawa segala kehendak JPA telah dipatuhi termasuk kesesuaian cadangan tapak dari sudut bencana navigasi udara (air navigation hazard), warna yang perlu digunakan serta pencahayaan untuk struktur penyokong antena;

3. Pelan-pelan tapak dan pelan lokasi yang menunjukkan kedudukan struktur serta komponen-komponen lain yang berkaitan;

4. Pelan struktur serta butiran perkiraan yang berkaitan bagi struktur menara, kabin atau apa-apa bangunan yang perlu didirikan.

5. Surat perakuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi kehendak pencegahan kebakaran sekiranya membabitkan pembinaan kabin;

6. Sebarang pembinaan menara di kawasan-kawasan kritikal seperti tanah bercerun dan tapak bekas tanah lombong mestilah disertai dengan laporan geoteknikal yang disediakan oleh orang yang berkelayakan untuk memperakukan bahawa tapak berkenaan adalah stabil dan keselamatan menara yang dicadangkan untuk dibina di atas tapak tersebut adalah terjamin;

7. Semua pelan dan dokumen yang berkaitan mestilah ditandatangani dan dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan yang berkelayakan;

8. Status tanah digunakan hendaklah daripada tanah industri atau komersial. Tanah pertanian boleh dipertimbangkan dengan syarat-syarat tertentu termasuk jarak daripada kawasan kediaman;

9. Sebarang pembinaan menara hendaklah mempunyai jarak minimum tidak kurang daripada 50 meter (150 kaki) daripada mana-mana bangunan sedia ada;

10. Kawasan menara hendaklah dipagar sepenuhnya dengan menyediakan laluan masuk yang terkawal;

11. Bagi menara telekomunikasi yang terletak di kawasan cerun, ia hendaklah dilengkapi dengan sistem perparitan serta diambil langkah-langkah penstabilan cerun yang sewajarnya. Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan kestabilan cerun serta struktur yang terbabit;

12. Pemotongan tanah yang minimum dan setakat mencukupi sahaja untuk kerja-kerja binaan hendaklah dilaksanakan bagi kerja-kerja binaan di atas tapak yang bercerun;

13. Bagi tanah-tanah yang terdedah disebabkan oleh kerja pembinaan ini hendaklah ditutup dengan penanaman rumput secara bertompok bagi tanah rata dan penanaman rumput secara rapat bagi permukaan bercerun sebagai langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya hakisan; dan

14. Mana-mana struktur menara yang dicadang dibina di atas tanah yang dimiliki oleh kerajaan perlulah mendapat kebenaran dan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Penguasa Tanah Negeri.

C. Struktur-struktur Sistem Pemancar

1. Struktur sistem pemancar adalah tidak digalakkan dibina di atas bumbung bangunan atau sebagainya. Ini adalah untuk memastikan bahawa estatik sesuatu bangunan atau keharmonian sesuatu tampak bangunan itu adalah terpelihara. Walau bagaimanapun, sebarang permohonan yang dikemukakan masih boleh dipertimbangkan dengan mengenakan syarat yang ketat supaya pemasangan struktur sistem pemancar tersebut hendaklah digabungkan dengan reka bentuk tampak bangunan berkenaan antaanya seperti berikut:-

(i) Ketinggian struktur tidak boleh melebihi permukaan tampak bangunan;

(ii) Struktur berkenaan hendaklah diseragamkan dengan warna asal permukaan tampak bangunan terbabit;

(iii) Struktur tersebut hendaklah disusun dengan teratur dan kemas;

(iv) Sebarang pembinaan kabin hendaklah diseragamkan dengan reka bentuk keseluruhan bangunan atau ditempatkan di satu lokasi yang terlindung dari pandangan umum sekiranya melibatkan pembinaan tambahan di luar bangunan;

(v) Sistem pemancar dari jenis parabolik adalah terhad kepada yang berukuran garispusat 2 kaki dan 4 kaki sahaja. Sebarang parabolik yang berukuran melebihi garispusat 4 kaki hendaklah dipasang pada menara telekomunikasi sahaja; dan

(vi) Struktur sistem pemancar hanya boleh diletakkan pada bangunan-bangunan komersial dan yang sejenis dengannya. Bangunan-bangunan dari kategori kediaman atau separa kediaman seperti rumah kedai adalah tidak dibenarkan kecuali persetujuan dari pemilik-pemilik unit kediaman atau Badan Pengurusan diperolehi.

2. Mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(i) Pelan lantai (floor plan) yang menunjukkan kedudukan sebarang struktur tambahan yang perlu dibina di atas struktur bangunan sedia ada;

(ii) Muka-muka keratan (sections) yang menunjukkan kedudukan bagi pembinaan struktur tambahan berserta dengan bangunan sedia ada;

(iii) Lukisan pandangan tampak (elevation) bangunan berserta dengan struktur tambahan untuk mengenalpasti kesesuaian dan keharmonian kedudukan struktur system pemancar dibandingkan dengan tampak bangunan sedia ada;

(iv) Pelan struktur serta butiran perkiraan yang berkaitan bagi struktur kabin atau lain-lain komponen struktur yang perlu didirikan;

(v) Menyertakan bersama perakuan bertulis daripada jurutera yang berkelayakan bahawa cadangan struktur tambahan itu tidak akan mengancam keselamatan dan kestabilan struktur sedia ada;

(vi) Surat-surat kelulusan, perakuan atau lessen daripada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Penerbangan Awam, Tenaga Nasional Berhad bagi kehendak pendawaian elektrik dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi kehendak pencegahan kebakaran.

Diperakukan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 7 Oktober 1997.



MENARA TELEKOMUNIKASI DI SEBERANG PERAI


1. Binariang Communication Sdn. Bhd.
Lot 5774 Mk. 15 Jalan Rozhan,
Bukit Mertajam, S.P.Tengah Berhenti Kerja(01364) 14.11.96
Notis BerhentiOperasi 27.11.96 Kebenaran Merancang diluluskan pada tahun 30.9.97

2. Binariang Communications Sdn. Bhd.Lot.495, Mk.17, Jln. Sg. Lembu,Machang Bubuk,
Seb. Perai Tengah.
Berhenti Kerja(013034) 20.4.96 Kebenaran Merancang diluluskan pada 30.9.97.
Notis Berhentioperasi 27.11.96 Pelan Bangunan masih dalam pertimbangan

3. Binariang Communications Sdn.Bhd.Lot. 30, K. 18, Simpang 3,Kubang Ulu, S. P. Tengah. Berhenti Operasi 27.11.96 Kebenaran Merancang dalam proses.
Pelan Bangunan masih dalam pertimbangan


4. MRCB Telecommuciation
Lot.874, Mk.15, Jalan Rozhan,
Cherok Tok Kun. Meruntuh (01401) 8.5.96
Berhenti Kerja(05654) 13.3.96
Notis Berhenti Operasi 27.11.96
Pelan Masih dalam Pertimbangan


5. MRCB Telecommuciation
Lot. 30, 31,32,33, Mk. 11,
Kampung Nenas,Bukit Tengah.
Kemuka Pelan(02586) 12.11.96 Notis BerhentiOperasi 27.11.96
Pelan masih dalam pertimbangan

6. Cellular Communication
Network (M)Sdn. Bhd.Lot. 24, Mk. 3,
Kampung Petani, Penanti.Berhenti kerja(05196) 7.11.95
Notis Berhenti Operasi 27.11.96 Pelan masih dalam proses

7. Cellular Communication Network (M)Sdn. Bhd.
Lot. 1038, Mk. 11, Jalan Tembikai,
Taman Desa Damai.
Notis Berhenti Operasi 30.11.96 Pelan masih dalam pertimbangan

8. Cellular Communication Network (M) Sdn. Bhd.
Lot 852, Mk. 17,
Jalan Kulim Bukit Mertajam.Notis Berhenti Operasi 30.11.96
Pelan masih dalam proses


9. Mutiara Telekom Berhad
Lot. 1837, Mk. 15 Kampong Kijang, Alma.
Berhenti kerja(01435) 5.9.96 Notis Berhenti
Pelan masih belum dikemukakan

10. Telekom Malaysia Berhad,
Lot 45 H.S.(M)622, Lot 3343, Mk. 20,
Jalan Guar Perahu
Berhenti kerja (01435) 5.9.96 Notis Berhenti Operasi 27.11.96
Pelan Bangunan di-kemukakan pada 8.6.97
Plan masih dalam pertimbangan

11. Telekom Cellular Sdn. Bhd. Pelan Bangunan
di atas bumbung No. 1503, dikemukakan pada15.10.99
Jalan Permatang Pauh,
Taman Arowana, S.P. Tengah Struktur dalam pembinaan.

12. Telekom Cellular Sdn. Bhd. Pelan Bangunan
Di atas bumbung Heng Hew, dikemukakan pada
Restoran, Juru, Mk. 13, 15.10.99
S.P. Tengah. Struktur dalam pembinaan.

13. Telekom Cellular Sdn. Bhd. Notis meruntuhkan Pelan bangunan dikemuka-
Di atas bumbung kedai No. 16, dikeluarkan pada kan pada 25.5.99
Taman Kota Permai, pada 2.9.99 Masih dalam pembinaan
Mk. 14, S. P. Tengah.

14. Binariang Communications Sdn. Bhd Notis meruntuh Sedang beroperasi
Di atas bumbung kedai 19.7.99
No. 2107, Jalan Berapit, Mk. 9
Mk. 6 & 7 S. P. tengah.

15. Maxis Mobile Sdn. Bhd. Pelan dikemukakan pada
Di atas bumbung No. 28, 24.8.99
Lorong Perda Utama 9, Belum dibina
Mk. 6 & 7 S. P. Tengah.

16. VDO Components Permit Lulus 7.4.99
Lot 391, Mk. 1 SPT,
Lorong Perusahaan 2,
Perai, S. P. Tengah.

17. Mutiara Telecommunication Permit telah diluluskan
(Wisma EMC)
972, Jalan Baru, Perai.
5-31/735

18. MRCB Telecommunication Tunggu pelan pindaan
Lot 5344 dan 5345, Mk. 1, (Tunai Syarat)
(Emartel) 5-31/735 8.9.97

19. Time Telecommunication Tunggu pelan pindaan
Lot 4465, Mk. 1, (Tunai Syarat)
Sebelah Carefour, Seb. Jaya 8.9.97
5-31/756.


20. Mutiara Telecommunication Tunggu pelan pindaan
(Sun Media Group) (Tunai Syarat)
Plot 53, Jalan Perindustrian, 23.6.98
Bukit Minyak 7,
I 43/39 B.I-plot 52

21. Cellular Komunikasi Pelan telah diluluskan.
(Anita Plastic)
Lot 1073, Lorong Perusahaan
Maju 2, Prai 4, S. P. Tengah
I 36/7 B.I

22. Mutiara Telekomunikasi Pelan telah diluluskan
(Enamel) Lot. 2805, Tingkat
Perusahaan 6, Perai.
I/3-31/1088

23. Syarikat Telefon Wireless, Pelan dikemukakan pada
Atas bumbung kedai No. 4795, 11.7.96
Lot 1189, Sek. 4, Jalan Chain Pelan dirujuk kepada
Ferry, Butterworth. Jabatan Perancang pada
30.11.96. Sedang beroperasi.

24. Sapura Digital Notis berhenti Rujuk Jabatan Undang-
Atas Bumbung Rumah Pangsa kerja 8.3.96 undang pada 18.6.96
Lot. 2043, Mk. 7 Notis meruntuh Minta dapat kebenaran
Telok Air Tawar 8.5.96 merancang 20.6.96
Sedang beroperasi.

25. Bina riang Communication Notis kemuka Diarah memohon
(Maxis) Pelan(028855) kebenaran merancang
Lot.623, Mk.12, Jln. Besar Notis berhenti sedang operasi
Sungai Bakap, operasi Masih tiada kebenaran
40/3-72/225 merancang

26. Bina Riang Communication Notis berhenti Tiada pelan dikemukakan
(maxis) kerja (00354) Sedang beroperasi
Mk. 7, Jalan Permai, 13.6.96 Masih tiada pelan
Nibong Tebal. Notis berhenti dikemukakan
Operasi 27.11.96

27. Cellular Communication Notis berhenti Pelan dikemukakan pada
Network (M) Sdn. Bhd. operasi 30.11.96 31.10.95
Lot.30, Mk. 12, Jalan Besar, Minta kebenaran
Pekan Sg. Bakap. merancang 26.6.96
40/5-72/222 Sedang beroperasi
Masih tiada kebenaran
merancang
29. Cellular Communication (Cellcom) Tiada pelan dikemukakan
Mk. 13, Bukit Puncak,
Batu Kawan, S.P. Selatan. Sedang beroperasi

30. Mutiara Telecom, Notis berhenti Pelan bangunan di-
Lot 3581, Mk. 14, kerja (06059) kemukakan dan diproses.
Bukit Tambun, 23.9.96 Jabatan Perancang minta
S.P. Selatan Notis berhenti kebenaran merancang
operasi 27.11.96 pada 18.6.96
Sedang beroperasi.

31. Mutiara Telekom Notis berhenti Pelan dikemukakan dan
Lot. 40, Mk. 5, Sungai Bakap kerja (00356) dalam proses. Minta
40/5-65/179 27.7.96 kebenaran merancang
18.6.96
Sedang beroperasi
Masih tiada kebenaran
merancang

32. RMF Antena Notis berhenti Sedang dalam proses
Atas Bumbung 02708 (22.2.00)
No. 2 Lorong Perda U 10
(3-37/96)

33. Maxis Mobile Notis berhenti Sedang dalam proses
Atas Bumbung 02709 (22.2.00)
No.28 Lorong Perda U.9
(3-37/96)

34. Maxis Mobile Notis Berhenti Sedang dibina
Lot. 572, Mk. 11, 03012 (23.5.00) Pelan belum dikemukakan
Jalan Lebuh Raya, Bukit Tengah
(3-43/448)

35. Maxis Mobile Pelan sedang diproses
Atas Bumbung
Industri Ringan 2 tingkat
Lot. 841 Mk. 13 (3-43/448)

36. Mutiara Telekomunikasi
Atas bumbung
No. 2734 Jalan Kulim,
Bukit Mertajam. (5-57/181)

37. Maxis Mobile Notis Berhenti Sedang dibina
Lot. 626, Mk.5
Bukit Mertajam. 16.5.00

38. Taman Pearl Notis berhenti Sedang dibina
Atas Bumbung 13.2.00

39. Maxis Mobile Notis berhenti Sedang dalam proses
Atas bumbung, 02709 (22.2.00)
No. 28 Lorong Perda U.9
(3-37/96)

40. CELCOM Lot.2164, 1047, * Pelan dikemukakan: 17.1.94
40/5-4/261 (tanah PBA) * Minta dapatkan kebenaran
merancang:5.3.94 & 27.5.94
* Sedang beroperasi


41. CELCOM Lot. 4002 * Berhenti kerja 23.4.96
* Pelan dikemukakan:20.10.95
40/5-4/261 Mk. 7, Jalan Padang Benggali * Meruntuh: 30.5.96
* Jab. Bangunan (13.6.97) tidak
sokong kebenaran merancang
kerana dekat rumah
kediaman.
Telok air Tawar * Berhenti operasi

27.11.96
* Kerja dimulakan dan diberhentikan.
Belum beroperasi

42. CELCOM Lot. 1488, Mk. 8
40/3-8/252 Jln. Datuk Hj. Ahmad Badawi
* Pelan lulus: 26.9.94
* Keluar No. Patil TBP 6276 * Sedang beroperasi

43. CELCOM40/3-8/288
Lot. 3400, Mk. 8 Jalan Pongsu Seribu
* Berhenti kerja: 22.10.98 * Pelan dikemukakan pada 4.11.98
* Tunggu kelulusan kebenaran merancang

44. CELCOM Lot. 2659,40/5-11/280 Mk. 11, Sungai Dua
* Berhenti operasi: 27.11.96 * Pelan dikemukakan: 26.10.95
* Minta dapatkan kebenaran merancang: 17.5.96
* sedang beroperasi

45. CELCOM Lot 469,40/5-12/733 Mk. 12,Tasek Gelugor.
* Berhenti operasi 27.11.96 * Pelan dikemukakan: 30.10.95
* Minta dapatkan kebenaran merancang: 27.5.96
* sedang beroperasi

46. CELCOM Lot 469 40/5-13/108(tanah PBA)Tasek Gelugor.
* Berhenti Operasi 27.11.96 * Pelan dikemukakan: 17.1.94
* Jabatan Bangunan sokong (70/9-13/5) kebenaran merancang.
* Sedang beroperasi.

47. MUTIARA Lot. 1519,Mk. 1, Jln. Pasir Gebu,Kpg. Ptg. Keriang.
* Notis belum dikeluarkan.
* Menara 200 dan kabin telah dibina.

48. MUTIARA 40/3-8/538 (70/9-5/13)
Lot. 832,Mk. 8 Jln. Datuk Hj. Ahmad BadawiKpg. Paya,Kepala Batas.
* Berhenti kerja: 24.7.96
* Pelan dikemukakan: 276.4.96
* Rujuk Jabatan Undang-undang:15.8.96
* Jabatan Bangunan tidak sokong kebenaran merancang kerana
dekat sekim perumahan dan rumah kediaman.
* Sedang beroperasi (monopoli)

49. MUTIARA 40/3-11/362
Sebelah Pejabat Penghulu Jalan Sekolah, Mk.11, Sungai Dua.
* Berhenti kerja: 9.12.96
* Pelan belum dikemukakan.
* Berhenti operasi:27.11.96
* RujukJabatan Undang-undang:10.1.97.
* Belum beroperasi (monopoli)

50. SYARIKAT Atas bumbung kedai No. * Pelan dikemukakan: 11.7.96
TELEFON 4795, Lot 1189, Sek. 4 * Pelan dirujuk kepada Jabatan
WIRELESS Jalan Chain Ferry Perancang: 30.11.96
40/3-24/625 * Sedang beroperasi

51. MIRCB Lot. 3894, * Berhenti kerja & kemukakan
* Pelan dikemukakan:5.3.96
40/3-8/285 Mk. Jln. Permatang Pelan: 25.4.96 * Rujuk Jabatan Undang-undang: 16.5.96
Manggis, Kepala Batas. * Minta dapatkan kebenaran
merancang: 27.5.96
* Pembinaan telah berhenti
52. MIRCB Lot. 1750, * Berhenti kerja:18.7.95 * Pelan dikemukakan: 3.2.96
40/5-10/165 Mk. 10, * Berhenti kerja kedua:13.6.96 * Rujuk kepada jabatan Undang-
(70/20-10/3) Jln. Sungai Dua undang : 14.6.96
* Berhenti operasi:27.11.96 * Belum beroperasi

53. TELEKOM Mk. 16 * Berhenti kerja & kemuka * Pelan dikemukakan: 4.7.96
40/3-16/293 Kpg. Telok, Sungai Dua. pelan: 16.3.96 * Kebenaranmerancang lulus:
(70/9-16/39) * Berhenti operasi: 27.11.96 27.2.97 (diberi dari 19.3.97)
melalui (30A)dlm. 70/9-16/39.
* Pelan bangunan dalam peringkat
tunai syarat.
* Sedang beroperasi.




54. SAPURADIGITAL Lot. 1349, Mk.3, Paya Keladi * Berhenti kerja & kemukakan * Rujuk Jabatan Undang-undang:
Pelan:25.4.96 16.5.96
* Kerja pembinaan telah berhenti.

55. SAPURADIGITAL Atas bumbung rumah pangsa, * Berhenti kerja & kemukakan * Rujuk Jabatan Undang-undang:
40/3-7/410 Lot.2043,Mk. 7, pelan: 8.3.96 18.6.96.
Telok Air Tawar. * Meruntuh: 8.5.96 * Minta dapatkan kebenaran
merancang: 20.6.96.
* Sedang beroperasi.

56. BINARIANG Lot. 2473, * Kemuka Pelan:22.1.96 * Pelan dikemukakan pada 7.3.96
40/3-8/279 Mk. 8, Jln. Datuk Haji * Berhenti Opersi: 27.11.96 * Rujuk Jabatan Undang-undang:
Ahmad Badawi. 18.10.96.
* Sedang beroperasi

57. BINARIANG Lot. 965 & 966, * Berhenti Kerja:29.1.97 * Pelan dikemukakan: 20.10.96
40/5-16/429 Mk. 16, Jln. Pengkalan * Jabatan Bangunan (10.3.97) tidak
Machang, Sungai Dua. sokong kebenaran merancang
kerana ada pelan susunatur lulus
Bil. (22A) dlm. 70/9-16/41 pada
25.5.96 untuk skim perumahan
Bank Persatuan Kerjasama.
* Sedang dalam pembinaan.
58. TM TOUCH Atas bumbung rumah * Kemuka pelan: 13.6.2000
kedai No. 6180, Jln. Ong Yi How,
Mk.14, Butterworth.



Kembali