MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Encik Loo Ah Dee) bertanya kepada Ketua Menteri: 24. (a) Sila nyatakan sama ada projek pembangunan skim perumahan banglow yang dimajukan oleh Techware Sdn. Bhd. terdekat Taman Bukit Indah, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam telah memperolehi kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan. (b) Sila nyatakan kriteria dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju berkenaan dengan projek tersebut. (c) Sila nyatakan sama ada penilaian EIA dan geologi telah dijalankan bagi projek tersebut. Jikalau ya, sila terangkan keputusan yang telah dibuat berkenaan dengan pengaruh terhadap alam sekitar. (d) Sila nyatakan sama ada projek pembangunan tersebut telah memperolehi kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan.
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan


Ketua Menteri:

24. Mengikut rekod, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) belum pernah memberi sebarang kelulusan kebenaran merancang terhadap permohonan daripada Techware Sdn. Bhd. berdekatan Taman Bukit Indah / Cherok Tok Kun Bukit Mertajam.


Kembali