Jawapan
Ketua Menteri:
4. Syarat-syarat untuk tender kebersihan sepertimana di lampiran “Aâ€. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memantau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan tetapi tidak mengawal selia pekerja-pekerja yang diambil menjalankan tugas atau mengenakan syarat had umur untuk bekerja. Sekiranya terdapat pekerja-pekerja pendatang tanpa izin, tindakan akan diambil untuk melapor kepada pihak imigresen.
LAMPIRAN “Aâ€
PEMUNGUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH
BUTIR-BUTIR SPESIFIKASI
1. DEFINASI
1.1 Sampah
Bermaksud sebarang bahan atau benda yang dibuangkan di hadapan atau di belakang sebarang premis/buangan atau tempat lapang atau sebarang jalan atau di tepi-tepi jalan termasuk kotak-kotak, sampah-sampah, debu-debu pasir, habuk, tayar-tayar buruk, bangkai-bangkai, botol-botol, bakul-bakul, tin-tin, tong-tong atau apa-apa bahan serta sampah kebun termasuk dahan-dahan, ranting-ranting, daun-daun, rumput-rampai dan sebagainya yang diletakkan di sebelah tong sampah atau di mana-mana tempat dalam kawasan kontrak.
1.2 Pemungutan Sampah
Bermaksud pemungutan dan pembuangan sampah daripada rumah ke rumah, kedai-kedai, rumah-rumah pangsa, perusahaan-perusahaan ringan, rumah-rumah perniagaan, pawagam-pawagam, pejabat-pejabat, tanah lapang atau apa-apa premis/bangunan/tempat yang diarahkan oleh Yang Dipertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh beliau.
2. BIDANG KERJA
Kerja-kerja yang hendak dijalankan di bawah kontrak ini adalah seperti berikut :-
2.1 Pemungutan Dan Pembuangan Sampah
2.1.1 Dari rumah/bangunan ke rumah/bangunan boleh dijalankan secara 'manual' dengan tenga pekerja biasa atau secara mekanikal yang sesuai, tertakluk kepada kelulusan Yang Dipertua.
2.1.2 Di mana terdapat sampah sarap haram selepas pengesahan Majlis, pihak kontraktor boleh menuntut bayaran RM90.00/tan berat sampah tersebut.
3. KAWASAN KERJA
3.1 Kawasan-kawasan kerja di bawah kontrak adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kawasan.
4. KEKERAPAN KERJA
4.1 Kekerapan kerja pemungutan sampah hendaklah dijalankan seperti berikut:
4.1.1 Dalam kawasan perumahan (termasuk rumah-rumah pangsa/pangsapuri.
(i) PUNGUTAN SELANG SEHARI (4 kali seminggu)
(ii) PUNGUTAN SAMPAH KEBUN (1 kali seminggu Hari Ahad/Sabtu)
4.1.2 Di rumah-rumah kediaman, kedai/perniagaan dan perkilangan kecil.
PUNGUTAN TIAP-TIAP HARI
4.1.3 Sampah dalam tong kompaktor (CU) di tepi-tepi jalan.
PUNGUTAN TIAP-TIAP HARI
4.1.4 Di tanah lapang dan kompleks penjaja dan tempat-tempat lain termasuk longgokan sampah tanpa izin.
PUNGUTAN TIAP-TIAP HARI
Semasa perayaan/sambutan/musim buah-buahan/pasar malam/ kecemasan.
APABILA PERLU SEPERTI DIARAHKAN
4.2 Kerja-kerja yang tersebut di atas hendaklah dilakukan seperti yang diarahkan mengikut kehendak Yang Dipertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh beliau yang termasuklah hari Ahad dan hari-hari kelepasan am lain.
5. SAMPAH TIDAK TERJATUH ATAU TERCICIR
5.1 Kontraktor mestilah memastikan tidak ada apa-apa sampah atau bahan yang diangkut dari pusat-pusat pemungutan ke tapak pembuangan tercicir, bocor, tumpah, tiris atau sebagainya ke atas mana-mana jalan-jalan raya awam atau
mana-mana juga tempat semasa dalam perjalanan ke tempat pembuangan. Kontraktor juga hendaklah bertanggungan terhadap penutupan sampah sarap dengan plastik, terpaulin atau barang penutup lain semasa dalam perjalanan ke tempat pembuangan sampah yang di arahkan oleh Yang DiPertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh beliau.
6. BURUH DAN PERALATAN KERJA
6.1 Kontraktor hendaklah mengadakan pekerja-pekerja, alat-alatan, kenderaan-kenderaan, loji-loji dan jentera-jentera yang sesuai dan mencukupi bagi kerja-kerja yang akan dijalankan di bawah kontrak ini dengan perbelanjaan sendiri.
6.2 Kontraktor juga hendaklah menyediakan pakaian seragam, sarung tangan dan kasut yang sesuai kepada pekerja-pekerja mereka. Warna dan jenis pakaian seragam tersebut hendaklah berbeza dengan warna dan jenis pakaian seragam yang digunakan oleh Kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Jenis pakaian seragam itu hendaklah diluluskan oleh Yang DiPertua.
KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM BOLEH MENYEBABKAN BAYARAN GANTIROSAK RM100.00 SEHARI DIKENAKAN KE ATAS KONTRAKTOR.
6.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar setiap pekerja kepada Yang DiPertua sebelum memulakan kontrak.
6.4 Bagi maksud kesempurnaan menjalankan kerja-kerja tersebut kontraktor hendaklah memastikan segala peralatan, kenderaan, loji dan jentera-jentera yang dimaksudkan itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat di gunakan.
6.5 Pemungutan Sampah
6.5.1 Lori-lori jenis KOMPAKTOR atau yang setaraf adalah DIWAJIBKAN untuk kerja-kerja pemungutan dan pembuangan sampah. Lori kompaktor juga haruslah dapat diubahsuaikan dengan penggunaan “lifting mechanism†untuk digunakan bagi mengangkat sampah sarap daripada tong-tong sampah jenis Leach dan S & D yang berkemungkinan diperlukan di kawasan tertentu pada masa-masa akan datang. Usia kompaktor mestilah tidak melebihi 3 tahun.
6.5.2 Penggunaan LORI BIASA yang bukan jenis kompaktor adalah semata-mata untuk SAMPAH KEBUN 'BULKY WASTE'. Lori ini hendaklah DITUTUP supaya sampah tidak tercicir.
6.5.3 Di mana perlu diletakkan tong ROLL-ON ROLL-OFF, saiz dan rekabentuk tong hendaklah sama dengan yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai ketika itu. Lori ROLL-ON ROLL-OFF perlu disediakan bagi tujuan ini.
6.6 Bilangan kenderaan/jentera dan pekerja yang dinyatakan dalam tender hendaklah bilangan sebenar yang akan diadakan bagi melaksanakan semua kerja di bawah kontrak ini.
KEGAGALAN KONTRAKTOR MENGADAKAN BILANGAN SEBENAR BOLEH MENYEBABKAN KONTRAKTOR DIKENAKAN BAYARAN GANTIROSAK RM100.00 SEHARI.
6.7. Yang DiPertua mempunyai budibicara untuk meminta Kontraktor menambah bilangan kenderaan/jentera dan pekerja jika didapati bilangan yang disediakan tidak mencukupi dari masa ke semasa. Bilangan kenderaan/jentera dan pekerja boleh dikurangkan dengan kelulusan Yang DiPertua, jika kontraktor dapat membuktikan perubahan sistem kerja serta lebih efisen.
6.8 Kontraktor hendaklah mengadakan pejabat dalam kawasan kerja dan dilengkapi dengan talian telefon. Ini adalah untuk memudahkan perhubungan dan penyampaian sebarang aduan/teguran dan arahan Jabatan dari masa ke semasa.
7. PERWAKILAN KONTRAKTOR
7.1 Bagi maksud kesempurnaan dan kelicinan perjalanan kontrak ini, Kontraktor hendaklah melantik seorang wakil yang bertanggungjawab dalam mewakili kontraktor semasa ketiadaanya dan apa-apa arahan yang diberi kepada wakil itu oleh Yang DiPertua hendaklah dianggap sebagai telah diberi kepada Kontraktor.
7.2 Sekiranya kontraktor gagal menghadiri apa-apa mesyuarat, denda RM100.00 dikenakan untuk tiap-tiap kegagalan.
8. PEKERJA YANG TIDAK MEMUASKAN
8.1 Yang DiPertua pada bila-bila masa mempunyai budibicara meminta mana-mana pekerja kontraktor diberhentikan kerja jika Yang DiPertua berpendapat bahawa pekerja itu tidak sesuai bekerja dengan kontraktor atau merosakkan imej Majlis. Pekerja-pekerja kontraktor yang dilantik hendaklah memenuhi syarat-syarat Undang-Undang Buruh Malaysia yang berkuatkuasa daripada masa kesemasa.
9. GANGGUAN
9.1 Kontraktor hendaklah memastikan tidak ada sebarang halangan atau gangguan kepada orang awam semasa menjalankan kerja-kerja tersebut.
10. PEMBAYARAN
10.1 Pembayaran kepada kontraktor hendaklah dibuat secara bulanan selepas didapati oleh Yang Dipertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh beliau yang kerja-kerja yang dijalankan adalah sempurna, tertakluk kepada syarat-syarat bahawa Yang Dipertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh beliau boleh atas budibicaranya membuat potongan ke atas bayaran itu sekiranya didapati kerja-kerja yang di-jalankan itu tidak memuaskan atau tidak dibuat langsung.
10.2. Kadar Potongan Bayaran ialah seperti berikut:
10.2.1 Sampah tidak dipungut seperti dijadualkan atau diarahkan semua bayaran bagi bangunan/tempat tersebut untuk bulan berkenaan akan dipotong berdasarkan kadar bayaran PECAHAN KADAR HARGA (LAMPIRAN 'E') yang berkaitan mengikut bilangan bangunan/tempat yang tidak dipungut SERTA DIDENDA 5 (LIMA) KALI GANDA harga yang ditetapkan.
10.2.2 Pembayaran akan dibuat berdasarkan bilangan unit rumah/bangunan/tempat seperti dalam JADUAL KAWASAN. Walau bagaimanapun, Yang DiPertua boleh membuat bayaran berdasarkan BERAT MUATAN (TONNAGE) yang ditimbang di tempat pembuangan sampah setelah membuat perundingan (consultation) dengan pihak kontraktor. Jika didapati kontraktor memungut sampah sarap dari kawasan-kawasan di luar daripada kawasan kontraknya atau dengan sengaja
melakukan sesuatu supaya sampah sarap itu lebih berat
dengan membawa sampah-sampah binaan, batu-batu besar, besi-besi buruk dan membasahkan sampah sarap, sampah sarap yang dibawah ke tempat pembuangan sampah itu tidak akan di bayar SERTA DIDENDA 5 (LIMA) GANDA BERDASARKAN BERAT SAMPAH SARAP YANG DIBAWA TERSEBUT ATAU KONTRAK DITAMATKAN.
11. PENAMATAN
11.1 Perjanjian ini boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dengan memberi 1 (SATU) BULAN NOTIS SECARA BERTULIS kepada pihak yang satu lagi.
12. PENYERAHAN NOTIS KEPADA KONTRAKTOR
12.1 Apa-apa notis yang hendak diserahkan kepada kontraktor di bawah perjanjian ini hendaklah diserahkan dengan cara menghantarkannya melalui pos berdaftar kepada tempat perniagaan berdaftar kontraktor atau lain-lain alamat sebagaimana yang dinyatakan oleh Kontraktor dari masa ke semasa.
PENUKARAN ALAMAT OLEH KONTRAKTOR HENDAKLAH DIBERITAHU SECARA BERTULIS KEPADA YANG DIPERTUA DALAM TEMPOH 14 (EMPAT BELAS) HARI DARIPADA TARIKH PENUKARAN.
13. PELANGGARAN PERUNTUKAN
13.1 Dalam sebarang pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam perjanjian ini yang dilakukan atau gagal dijalankan oleh kontraktor mengikut kehendak Majlis, Majlis boleh melakukan kerja-kerja itu sendiri atau melantik mana-mana orang yang difikirkan perlu dan segala kos yang terlibat daripada melaksanakan kerja-kerja tersebut jika ada, hendaklah ditanggung oleh kontraktor dan kos terlibat itu bolehlah dipotong oleh Yang DiPertua dari mana-mana jumlah bayaran yang kena dibayar atau akan kena dibayar kepada kontraktor.
14. SUB-KONTRAK
14.1 Kontraktor TIDAK BOLEH pada bila-bila masa memajakkan atau melepaskan kesemua atau sebahagian dari faedah perjanjian ini kepada orang lain.
15. PAMPASAN PEKERJA
15.1 Kontraktor hendaklah sebelum memulakan PPS mengambil dengan mana-mana syarikat insuran yang diluluskan oleh Yang DiPertua, satu polisi insuran yang sah dan memuaskan hati Yang DiPertua untuk mengimbuhkan (indemnity) Majlis terhadap tanggungan bagi semua dan mana-mana tuntutan-tuntutan untuk gantirugi, pampasan, denda atau hukuman yang mungkin kena dibayar oleh Majlis terhadap tanggungan bagi semua dan mana-mana tuntutan-tuntutan untuk gantirugi, pampasan, denda atau hukuman yang boleh kena dibayar oleh Majlis di bawah Ordinan Pampasan Pekerja 1952 atau mana-mana mana pindaan atau enakmen semula atau mana-mana statut berkenaan dengan pampasan pekerja atau kemalangan (dan jika dikehendaki termasuk juga liputan tanggungan Common Law atau di bawah Ordinan Undang-Undang Sivil Bab 42 dan tuntutan pihak ketiga) yang timbul daripada atau berkaitan dengan kerja-kerja atau kontrak ini dan hendaklah dalam masa tersebut mengemukakan untuk diperiksa dan disahkan dan jika dikehendaki, meninggalkan polisi dan resit bayaran premium dengan Yang DiPertua untuk dipegang oleh Yang DiPertua. Jika Kontraktor gagal berbuat demikian, Majlis boleh menganggap perjanjian dengan kontraktor sebagai tamat dan Yang DiPertua boleh menerima lain-lain tender atau memanggil tender-tender yang baru atau mengambil mana-mana pekerja lain untuk menjalankan kerja dan boleh mendapat daripada kontraktor semua perbelanjaan atas kerugian atau harga kerosakkan termasuk yang mana-mana kelebihan dalam harga kontrak yang baru atau kadar yang ditender oleh kontraktor.
16. IMBUHAN (INDEMNITY)
16.1 Kontraktor hendaklah sentiasa mengimbuh Majlis terhadap semua tuntutan untuk gantirugi pampasan atau lain-lain hukuman yang timbul daripada atau mengenai kerja-kerja yang dijalankan di bawah perjanjian ini pada masa menandatangani perjanjian ini. Tatkala menandatangani perjanjian ini kontrraktor hendaklah mengambil satu polisi insuran yang sah dengan sebuah syarikat insuran yang diluluskan oleh Yang DiPertua terhadap apa-apa tanggungan untuk tempoh perjanjian ini.
17. PENAMBAHAN ATAU PENGURANGAN KERJA
17.1 Dalam hal semasa tempoh perjanjian ini terdapat penambahan atau pengurangan kerja-kerja daripada yang ditetapkan, kontraktor hendaklah mengambil tanggungan untuk melaksanakan kerja-kerja tambahan atau menerima
pengurangan. Kerja-kerja dan bayaran tambahan atau pengurangan hendaklah dibuat oleh Yang DiPertua atas asas “pro-rata†berhubung dengan jumlah penambahan atau pengurangan kerja-kerja tersebut.
18. PEMBUANGAN SAMPAH
18.1 Kontraktor hendaklah membuang segala sampah yang telah dipungut ke tempat pembuangan yang ditetapkan oleh Yang DiPertua.
19. PENGAMBILAN PEKERJA-PEKERJA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DI LARANG
19.1 Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah perjanjian ini kontraktor adalah ada bila-bila masa DI LARANG MENGAMBIL BEKERJA MANA-MANA PEKERJA YANG SEDANG BEKERJA DENGAN MAJLIS SAMA ADA TETAP, SEMENTARA ATAU LAIN-LAIN.
20. MASA BEKERJA
20.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja-kerja di bawah perjanjian ini mengikut masa-masa yang ditentukan oleh Yang DiPertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh beliau atau arahan-arahan yang akan dikeluarkan dari masa kesemasa.
21. BILANGAN PREMIS/BANGUNAN
21.1 Bilangan premis/bangunan yang ternyata dalam perjanjian ini adalah bilangan sediada. Majlis mempunyai kuasa untuk menambah atau mengurangkan bilangan bangunan yang tersalah pengiraan atau yang difikirkan perlu diubahsuai. Dasar pembayaran kepada kontraktor adalah bergantung kepada bilangan kawalan menduduki premis bangunan (control occupation) atau pengeluaran Surat Kebenaran Menduduki bangunan yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua bagi pihak Majlis.
22. MAKLUMAT KERJA
22.1 Maklumat-maklumat berkaitan dengan kerja ini boleh didapatkan daripada:-
JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN,
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI,
TINGKAT 6, WISMA UMNO,
LORONG BAGAN LUAR 2,
12000 BUTTERWORTH.
TEL: 04-3105683/04-3105678 SEMASA WAKTU PEJABAT.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
(KONTRAK PERKHIDMATAN PELUPUSAN SAMPAH)
1. Kontraktor hendaklah menyediakan JADUAL KERJA HARIAN mengikut waktu bagi kawasan-kawasan dalam zon kontraknya setiap bulan. Jadual ini hendaklah dikemukakan kepada JABATAN KESIHATAN, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selewatnya pada hari terakhir bulan sebelumnya. Bagi bulan pertama kontrak jadual kerja harian hendaklah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan sebelum pelaksanaan kontrak dimulakan.
2. Sistem pungutan sampah ialah dari rumah ke rumah kecuali rumah pangsa pungutan dibuat daripada tong ROLL-ON ROLL-OFF atau seperti yang diarahkan.
3. Kerja-kerja kutipan, pengangkutan dan pelupusan sampah mestilah bermula jam 7.00 pagi dan diselesaikan selewatnya-lewatnya jam 5.00 petang.
4. Kontraktor hendaklah memberikan perkhidmatan yang cekap dan sempurna kepada kawasan yang telah dikontrakkan kepadanya.
5. Kontraktor hendaklah menjadualkan kutipan sampah kebun dan mengangkutnya untuk dilupuskan di tapak pelupusan.
6. Sekiranya ada kempen kebersihan di kawasannya, misalnya gotong-royong kontraktor bersama-sama dengan buruh-buruhnya mestilah mengambil bahagian aktif di dalam kempen tersebut dan hendaklah membekalkan kenderaan dan lain-lain alat keperluan pengangkutan sampah.
7. Kenderaan kebersihan seperti lori-lori pengangkutan sampah hendaklah dijaga supaya berada di dalam keadaan bersih.
8. Kontraktor hendaklah memastikan tiada tumpahan sampah semasa proses kutipan dan pengangkutan sampah dari tong-tong sampah ke kenderaan dan mestilah menyapu dan mengutip semua sampah sarap yang terjatuh.
9. Kontraktor adalah bertanggungjawab terhadap budipekerti dan kelakuan baik dan harmoni di antara pekerjanya dengan masyarakat di kawasan kerjanya.
10. Kontraktor hendaklah datang sendiri atau menghantar wakilnya yang diiktiraf ke pejabat Jabatan Kesihatan Majlis di daerah-daerah berkenaan setiap hari untuk membolehkannya mengambil tindakan terhadap aduan dan menerima arahan-arahan untuk kawasannya dan hendaklah menandatangani di dalam buku yang disediakan untuk tujuan tersebut.
11. Kontraktor di dalam apa cara sekalipun tidak dibenarkan menghentikan atau menyebabkan gangguan kepada perkhidmatannya melainkan disebabkan oleh Bencana Alam atau Bencana Negara, misalnya Banjir Besar, Ribut Taufan Besar, Kebakaran Besar, Gempa Bumi, Kekacauan Negara dan lain-lain yang akan ditakrifkan oleh Majlis.
12. Kontraktor hendaklah hadir sendiri dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Bersama Kontrak Kebersihan.
13. Kontraktor hendaklah mematuhi lain-lain arahan mengenai kerjanya dari masa ke semasa.
PENALTI
Sebarang kegagalan atau perkhidmatan yang tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian akan mengakibatkan kontraktor dikenakan denda sepertimana yang dinyatakan dalam fasal penalti di bawah :-
1. Sekiranya kontraktor gagal menyelesaikan perkhidmatan melupus sampah pada hari-hari seperti yang telah dijadualkan, denda adalah seperti berikut:-
(a) Gagal kali pertama - 2%
(b) Gagal kali kedua - 3%
(c) Gagal kali ketiga - 5%
Denda adalah berdasarkan harga sebulan kontrak.
2. Sekiranya kontraktor gagal menjalankan perkhidmatan dua kali berturut-turut tanpa alasan menasabah dan pemberitahuan Majlis akan masuk dan menjalankan kerja-kerja tersebut dengan kakitangan Majlis sendiri dan akan mengenakan kos sebenar perkhidmatan Majlis di campur 10% denda penalti dari jumlah sebulan harga kontrak.
3. Sekiranya kontraktor gagal memberi perkhidmatan selama tiga kali berturut-turut tanpa alasan menasabah maka kontrak ini secara automatik dianggap ditamatkan sendiri oleh kontraktor dan Majlis akan merampas cagaran kontraktor.
4. Sekiranya kontraktor gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan dalam perjanjian, denda sebanyak RM100.00 akan dikenakan untuk setiap syarat yang tidak dipatuhi.