Jawapan
Ketua Menteri:
6. PISA diuruskan oleh Penevents Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat penuh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejak 15 November 1999 sebagai sebuah pusat sukan, rekreasi, sosial dan kemudahan awam untuk rakyat negeri Pulau Pinang. Ini dapat dilihat dari peningkatan penggunaan kemudahan-kemudahan yang ada di PISA oleh sektor-sektor kerajaan, swasta dan juga oleh pihak awam.
Prestasi pengurusan dan operasi PISA telah meningkat sejak ianya diambilalih oleh Penevents Sdn. Bhd. daripada Maxifield Management Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan ADORNA. Rasional Penevents mengambilalih pengurusan PISA ialah berdasarkan keputusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk menamatkan kontrak dengan Maxifield yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam menguruskan PISA. Kontrak bagi Penevents ialah untuk tempoh dua (2) tahun dan diberi opsyen untuk dilanjutkan untuk dua (2) tahun lagi.
Berdasarkan kepada persetujuan yang dicapai antara Penevents dan MPPP, keuntungan akan dikongsi bersama mengikut peratusan 50:50 jika Penevents mencapai keuntungan dan MPPP akan menampung kerugian jika ada.
Sebenarnya soal untung dan rugi adalah tidak begitu relevan memandangkan PISA merupakan pusat projek sukan dan sosial. Walau bagaimanapun, sasaran adalah untuk mencapai breakeven atau lebihan supaya Penevents dapat menampung kos operasi dan pengurusan kemudahan-kemudahan PISA. Lebihan kewangan yang diperolehi akan digunakan untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan dan pengurusan PISA. Dalam perkara ini, Penevents merupakan satu syarikat not for profit, yang memberi sumbangan kepada kemajuan sukan dan rekreasi.
Penyata penerimaan dan pembayaran sejak Penevents mengambilalih PISA pada 15 November 1999 sehingga Mac 2001 adalah seperti berikut:-
BULAN/TAHUN PENERIMAAN PEMBAYARAN BAKI PENUTUP
(CLOSING BALANCE)
(RM) (RM) (RM)
November 1999 303,354.00 229,625.00 73,729.00
Disember 1999 458,548.00 359,143.00 173,134.00
Januari 2000 59,713.00 134,760.00 98,087.00
Februari 2000 340,517.00 181,312.00 257,292.00
Mac 2000 412,490.00 465,696.00 204,086.00
April 2000 121,984.00 249,605.00 76,465.00
Mei 2000 269,177.00 288,879.00 56,763.00
Jun 2000 442,586.00 306,867.00 192,482.00
Julai 2000 562,479.00 484,320.00 270,641.00
Ogos 2000 643,693.00 655,976.00 258,358.00
September 2000 168,886.00 287,923.00 139,321.00
Oktober 2000 468,816.00 475,549.00 132,588.00
November 2000 515,895.00 391,107.00 257,376.00
Disember 2000 429,611.00 314,065.00 372,922.00
Januari 2001 125,822.00 289,653.00 209,091.00
Februari 2001 128,720.00 242,043.00 95,768.00
Mac 2001 357,584.00 370,147.00 83,205.00