Soalan | Ahli Kawasan Penanti (Y.B. Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Kadir) bertanya kepada Ketua Menteri: 7. Rumah pangsa kos rendah di bawah projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Jalan Kedah, Pulau Pinang telah mengalami kerosakan salah sebuah lif. Banyak kali aduan dibuat oleh penghuni dan pihak-pihak yang prihatin. Sebelum pilihan raya 1999, YAB. Ketua Menteri ada berjanji untuk menggantikan lif yang rosak. Namun selepas satu setengah tahun pilihan raya berlalu, tidak ada sebarang tindakan diambil. Bilakah lif yang rosak akan diganti seperti yang dijanjikan? |
Dun | - |
Exco | YB. DR. TENG HOCK NAN |
Perkara | - |