Jawapan
31. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah membuat perancangan untuk membangunkan Stesyen Pemindahan Sampah di Batu Maung bagi menguruskan semua jenis sampah domestic dan sampah pukal dan kebun. Cadangan tersebut masih dalam peringkat kajian Detailed Environment Impact Assessment (DEIA). Stesyen ini dijangka mula beroperasi mulai pertengahan tahun 2017.
Selain daripada itu, MPPP sedang membuat perancangan untuk merealisasikan pelaksanaan Projek Pengasingan Sisa Kebun secara Public Private Partnership dengan menggunakan kaedah groundswell composting process di atas tanah milik persendirian di Relau.
Bagi pengurusan sisa binaan dan marine clay, MPPP sedang membuat perancangan untuk memperkukuhkan polisi dengan merangka Mekanisma Waste Generator Pay Principle for Construction and Demolition Waste dan penyediaan Garispanduan Pengurusan dan Pengurangan Sisa di peringkat pemajuan.
Penutupan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong akan menyebabkan sebahagian daripada sisa-sisa pukal tersebut yang boleh dikitar semula akan dihantar ke Stesen Pemindahan Ampang Jajar untuk dikitar semula, manakala selebihnya yang tidak boleh dikitar semula akan dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung untuk dilupuskan.
Operasi ini akan berterusan sementara menunggu pembinaan Stesen Pemindahan Sampah Batu Maung yang dijangka siap pada tahun 2017. Setelah siap, Stesen Pemindahan Sampah Batu Maung akan mempunyai kemudahan untuk melakukan proses kitar semula kepada semua sisa pukal pada kadar yang maksimum.
Untuk makluman, pada masa sekarang terdapat dua syarikat yang menjalankan operasi kitar semula terhadap sisa pukal yang berasaskan bahan kayu-kayan di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong.