Jawapan
8. PDRM Kontinjen Pulau Pinang melalui National Key Result Area (NKRA) yang dilancarkan pada tahun 2009. telah mempertingkatkan prestasi dengan menggerakkan seluruh kekuatan dan aset yang di miliki dalam menurunkan kadar jenayah khususnya di Pulau Pinang. Pada tahun 2009, kadar Indeks Jenayah mencatatkan sebanyak 16,653 kes dan setelah 4 tahun NKRA dilancarkan iaitu sehingga tahun 2013, kadar Jenayah Indeks Pulau Pinang merekodkan sebanyak 7,937 kes. Kadar perbandingan ini mencatatkan kadar penurunan sebanyak 8,716 kes bersamaan dengan 52.33%.
Â
Hasil usaha yang berterusan PDRM terutamanya pada tahun 2010 di bawah NKRA, Kadar Indeks Jenayah Pulau Pinang telah menunjukkan penurunan yang amat ketara. Antara langkah-langkah pendekatan yang ditekankan dalam usaha membanteras jenayah adalah dengan mempertingkat kerjasama diantara PDRM dan masyarakat. Antara kaedah/langkah pencegahan yang dijalankan adalah seperti berikut :-
Â
(a) High Profile Policing (HPP)
Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang di antara PDRM dengan masyarakat setempat. Program-program berbentuk kemasyarakatan disusun rapi dengan kerjasama kedua-dua pihak dalam semua aspek terutamanya dalam mencegah jenayah. Dalam perjumpaan/sesi bertemu masyarakat ini dapat menimbulkan kesedaran dalam masyarakat dari segi keselamatan diri dan harta benda masing-masing serta peranan mereka membantu PDRM secara langsung atau tidak langsung dalam usaha untuk membanteras jenayah dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai satu negeri yang selamat.
Â
(b) Unit Ronda Bermotosikal (URB)
Selain dari rondaan cegah jenayah yang berterusan, PDRM juga telah melancarkan satu unit baru dengan aset terkini yang dibekalkan oleh kerajaan di mana Unit Ronda Bermotosikal ini ditempatkan di kawasan-kawasan strategik, berdasarkan kajian yang telah dibuat. Unit ini akan fokus pada kawasan-kawasan Hot Spot iaitu kawasan-kawasan yang dikenal pasti kerap berlakunya jenayah.Â
Â
(c) Ops Payung
Konsep penugasan dalam Ops Payung ini adalah dengan menempatkan anggota bertugas secara statik di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan-kawasan perniagaan, institusi kewangan dan pusat tumpuan pelancong. Kaedah ini bertujuan untuk menampakkan kehadiran polis dan secara tidak langsung mencegah berlakunya jenayah seterusnya menurunkan risiko berlakunya jenayah di kawasan tersebut.
Â
4. AMANITA
Program ini melibatkan Pegawai dan Anggota wanita PDRM dalam aktiviti/program yang berkaitan dengan golongan wanita. Program / aktiviti di rancang menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. AMANITA fokus kepada golongan wanita yang sering kali menjadi sasaran / mangsa dalam kebanyakan kes-kes jenayah. Program yang diaturkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan wanita bekerjaya dan juga surirumah dalam usaha menimbulkan kesedaran akan pentingnya peranan masing-masing dalam menjaga keselamatan diri dan harta benda.
Â
Langkah-langkah pencegahan yang dibuat merupakan pendekatan yang dipraktikkan oleh PDRM dalam usaha untuk menurunkan kadar jenayah khususnya di Pulau Pinang. Selain dari kerjasama yang dijalinkan bersama komuniti / masyarakat, PDRM juga dalam masa yang sama turut fokus dalam mengembalikan kepercayaan dan meningkatkan keyakinan masyarakat dari segi keselamatan dalam semua aspek (Fear of Crime). Ini merupakan penanda aras yang paling penting dalam menentukan kejayaan PDRM di bawah program NKRA dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai satu negeri yang selamat.    Â
Â
Trend jenayah di Negeri Pulau Pinang dari tahun 2000, iaitu sebelum adanya program NKRA, sehingga April 2014, mengikut kategori jenayah indeks, jenayah kekerasan dan jenayah harta benda, adalah seperti di Lampiran A.
Statistik jenayah dan trend jenayah indeks mengikut daerah-daerah di Negeri Pulau Pinang, dari tahun 2000 (sebelum adanya program NKRA) sehingga April 2014 (setelah 5 tahun program NKRA dilaksanakan) pula, adalah seperti di Lampiran B.