Jawapan
17. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan dengan membuat tangkapan dan membawa kes ke mahkamah kepada penceroboh yang menceroboh kawasan hutan simpan. Tindakan ini adalah selaras dengan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Disamping itu, beberapa langkah telah diambil untuk mengatasi masalah pencerobohan antaranya ialah:
(a) Menjalankan pemantauan dan rondaan khususnya di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang bersempadan dengan lot tanah milik/persendirian;
(b) Meningkatkan publisiti untuk mendapatkan kerjasama daripada orang awam dalam isu pencerobohan ke atas HSK oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjalankan aktiviti tanaman, pembalakan, dan pembinaan secara haram;
(c) Menggalakkan media massa seperti surat khabar untuk memaparkan kejayaan kes-kes tangkapan pencerobohan terhadap hutan simpan; dan
(d) Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO's) bagi mengawal isu pencerobohan hutan simpan.