Jawapan
Dasar rekod Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bagi tahun 2013, Sungai Jelutong adalah di dalam Kelas IV, manakala Sungai Pinang, Sungai Juru dan Sungai Perai berada di dalam kelas III (Jadual 'A') seperti dibawah. Secara keseluruhannya, tiada sungai yang berada di dalam kelas V (sungai mati). Jabatan ini akan terus menjalankan penguatkuasaan ke atas premis–premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, pendidikan awam dan kempen-kempen kesedaran juga giat dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.
Bagi mengatasi masalah kualiti air sungai rendah, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang melaksanakan tindakan Jangka Pendek dan Jangka Panjang dengan program dan penyelengaraan berterusan.
Tindakan Jangka Pendek:
(i) Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran telah menjalankan beberapa kerja-kerja pengorekan dan pembersihan sepanjang tahun di Sungai Pinang, Sungai Jelutong dan Sungai Juru.
Kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang sungai telah dijalankan setiap hari yang merangkumi kerja kutipan sampah di setiap perangkap sampah di bawah kawalan JPS serta pemotongan rumput di rizab sungai. Kutipan sampah di buat pada waktu pagi dan petang dan proses mengangkut sampah seterusnya akan diambil oleh kontraktor pada sebelah petang sebelum jam 5 petang.
(ii) Kerajaan Negeri melalui JPS mengatasi masalah kualiti air Sungai Juru dengan melaksanakan penyelenggaraan secara berkala dan berkesan iaitu 6 pusingan setahun. Selain memotong rumput dan 'desilting' di kawasan kritikal, kerja penyelenggaraan juga termasuk membersihkan sampah dalam sungai dan memungut, membawa sampah keluar di perangkap sampah dengan kekerapan sekali setiap bulan.
(iii) Perangkap sampah jenis LogBoom telah dipasang di lokasi strategik hulu sungai dalam usaha menyekat sampah terapong di kawasan hulu supaya tidak mencemari sungai secara keseluruhannya. Di samping itu, kerja-kerja pembinaan struktur penahan tebing dan juga kerja pengorekan sungai (desilting) sedang dijalankan.
Tindakan Jangka Panjang:
(i) Kerja pengorekan akan sentiasa dibuat bagi mengelakkan sungai dipenuhi oleh lumpur dan lain-lain sedimen.
(ii) Projek peningkatan kualiti air Sungai Pinang (iQPR) akan bermula pada masa terdekat ini dan dijangkan akan memberi impak ke atas kualiti air di Sungai Pinang.
(iii) Kerajaan Negeri sedang giat menjalankan penempatan semula penduduk dan kerja pembersihan di sepanjang Sungai Pinang.
(iv) Pemasangan perangkap sampah (Log Boom dan CDS) sedang dijalankan di tempat- tempat yang menerima banyak sampah. Walau bagaimanapun, pemasangan perangkap sampah ini juga disyorkan kepada pihak Majis Perbandaran di setiap parit perumahan dan perbandaran kerana sampah-sampah yang diterima adalah asalnya dari parit perbandaran, parit perumahan dan pembuangan terus dari penduduk.
(v) Kedudukan tong sampah juga perlu dikaji memandangkan sampah-sampah dibuang terus ke dalam sungai. Kebanyakan tong sampah diletakkan berhampiran sungai dan parit menyebabkan penduduk memilih untuk membuang terus ke dalam sungai. Kapasiti sampah bagi sesuatu lokasi juga perlu diberi perhatian memandangkan setiap penempatan mungkin memerlukan saiz tong sampah yang lebih besar.
(vi) Kerajaan Negeri telah menubuhkan pasukan Taskforce Pencemaran Sungai dan Pantai bagi memantau, merekodkan dan mengenalpasti punca-punca pencemaran sungai dan pantai.
JADUAL 'A'
BACAAN INDEKS KUALITI AIR SUNGAI DI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2013
SUNGAI
JUMLAH STESEN
INDEKS KUALITI AIR
STATUS SUNGAI
KELAS
JELUTONG
1
35
T
IV
PINANG
1
60
T
III
JURU
2
57
T
III
PERAI
2
60
T
III