MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Huraikan impak DEIA STP2 dan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandangkan DEIA STP2 itu memang wujudnya banyak ketidaksempurnaannya mengikut kajian Penang Forum. CATATAN:PN.SITI ZURAIDA MOHON PN JAWAB SOALAN INI. 5.5.14
Dun -
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Alam Sekitar

Jawapan
11. Laporan Kajian Terperinci Penilaian Alam Sekeliling (DEIA) bagi cadangan “The Proposed Reclamation of Seri Tanjung Pinang (Phase II) Development (STP2), Penang” telah dilaksanakan oleh pemaju Eastern and Oriental Berhad dan dibentangkan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 5 Mac 2014. Laporan tersebut telah mengenal pasti dan memperincikan impak-impak termasuk langkah-langkah kawalan dalam mengurangkan impak tersebut berdasarkan kepada aktiviti yang akan dijalankan. Maklumbalas kepada ulasan Penang Forum dan semua ulasan panel pengulas serta orang awam telah diambil kira dalam membuat pertimbangan terhadap laporan DEIA tersebut.

Laporan DEIA ini telah diluluskan pada 10 April 2014 dan pemaju projek dikehendaki mematuhi semua syarat-syarat kelulusan EIA. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memastikan semua syarat-syarat kelulusan EIA dipatuhi sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Kembali