Jawapan
29. (a) Senarai bilangan penjaja yang tidak berlesen di KADUN Bayan Lepas mengikut tempat dan kawasan penjaja adalah seperti berikut:
KAWASAN
JUMLAH
Bandar Perda, Telok Kumbar
79
Sungai Batu
11
Taman Sahabat
67
Taman Mas
13
Jalan Bayan Lepas
23
Lengkok Kelicap/Lorong Kelicap
13
Sekitar Klinik Kesihatan Bayan Lepas
14
Jumlah
220
Manakala jumlah penjaja yang berlesen di KADUN Bayan Lepas adalah sebanyak 10 penjaja yang menjalankan aktiviti di Kompleks Sri Bayu, Jalan Kaki Bukit.
(b) Rancangan MPPP adalah seperti berikut :-
(i) Mendaftar semua penjaja tanpa lesen sehingga 30 Oktober 2012. Semua penjaja tanpa lesen yang didaftarkan sebelum 30 Oktober 2012 akan diberikan tagging.
(ii) Menempatkan penjaja-penjaja berkenaan dalam Kompleks Pasar dan Makanan yang berdekatan dengan kawasan perniagaan sediada.
(iii) Merancang membina Kompleks Pasar dan Makanan di kawasan Teluk Kumbar.
(iv) Mensyaratkan pemaju untuk menyediakan tapak penjaja semasa memohon kebenaran merancang.
(v) Mensyaratkan pemaju untuk menyediakan tapak penjaja semasa memohon kebenaran merancang.