Jawapan
YB. LAW HENG KIANG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
20. (a) Terdapat 10 hospital swasta yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan pelancongan perubatan di Pulau Pinang iaitu:-
(1.) Hospital Lam Wah Ee
(2.) Island Hospital
(3.) Gleneagles Medical Centre
(4.) Loh Guan Lye Specialist Centre
(5.) Penang Adventist Hospital
(6.) Pantai Hospital Penang
(7.) KPJ Penang Specialist Hospital
(8.) Mount Miriam Hospital
(9.) Carl Corrynton Medical Centre
(10.) Optimax Eye Specialist Hospital
(b) Pelancongan perubatan telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi di Pulau Pinang sebanyak RM276,012,968 pada tahun 2011, RM314,327,744 pada tahun 2012 dan RM371,001,068 pada tahun 2013.
(c) Perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital-hospital awam di negeri Pulau Pinang disediakan melalui Jabatan Kesihatan Negeri. Buat masa ini terdapat sebanyak 6 hospital kerajaan dengan kapasiti 1947 buah katil yang mampu menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang memerlukannya.
Pelancong medical hanya mendapatkan rawatan di hospital swasta dan hanya dirujuk ke hospital kerajaan dalam kes-kes kecemasan sahaja. Sekiranya pesakit ini memerlukan rawatan di hospital kerajaan, caj akan dikenakan mengikut Pekeliling Bagi Rawatan Warga Asing (Akta Fi – Fees Act (Medical) 1951) di mana caj yang dikenakan adalah jauh lebih tinggi dari warganegara Malaysia.