Jawapan
19. Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya, adalah berdasarkan kepada penetapan dan prinsip yang diperuntukkan di bawah Jadual Ketiga Belas, Bahagian I dan II, Perlembagaan Persekutuan. Adalah diharapkan Suruhanjaya Pilihanraya boleh membincangkan isu penting ini terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri.
Sehubungan dengan itu, urusan mempersempadankan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah berlandaskan kepada prinsip-prinsip persempadanan dan tatacara persempadanan yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan serta di bawah bidang kuasa SPR yang diperuntukkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.