MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Huraikan kes-kes dihadapkan ke mahkamah dan tindakan yang diambil ke atas tuan tanah di bawah akta-akta berkenaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) semenjak tahun 2008 dalam Negeri Pulau Pinang.
Dun -
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Alam Sekitar

Jawapan
20. a) Kes-kes yang dibawa ke mahkamah oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JAS) ke atas tuan tanah semenjak tahun 2000 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah seperti berikut:-

(i) Larangan atas pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A adalah sebanyak empat (4) kes.

(ii) Pencemaran pengairan daratan bagi pelepasan efluen/air buangan industri di bawah Seksyen 25 (1) adalah sebanyak 160 kes.

(iii) Penyediaan dan pematuhan kepada laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A adalah sebanyak lima (5) kes.

(iv) Premis yang ditetapkan beroperasi tanpa lesen (kilang kelapa sawit, kilang getah dan kilang buangan terjadual) di bawah Seksyen 18 (1) adalah sebanyak enam (6) kes.


(v) Pematuhan pemegang lesen terhadap syarat lesen bagi premis yang ditetapkan di bawah Seksyen 16 (1 adalah
sebanyak 39 kes.


(b) Antara tindakan-tindakan yang diambil oleh JAS bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah seperti berikut:-

(i) Notis Arahan;

(ii) Tawaran Kompaun;

(iii) Tindakan Mahkamah;

(iv) Penahanan Operasi Kelengkapan/ Perintah Larangan; dan

(v) Gantung Lesen/ Pembatalan Lesen bagi kilang-kilang yang dilesenkan di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kembali