Jawapan
(a) Prosedur permohonan nombor patil untuk rumah kampung adalah seperti berikut :
i. Pemohon hendaklah mendapat kelulusan Pelan Bangunan bagi bangunan rumah yang didirikan.
ii. Mengemukakan satu (1) salinan Pelan Bangunan berlulus berserta satu (1) salinan Borang F atau Sijil Layak Menduduki (OC) ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPSP. MPSP akan seterusnya mengeluarkan nombor patil berkenaan.
(b) Merujuk kepada Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA), permohonan air bagi rumah individu tanpa sijil menduduki tidak lagi memerlukan kebenaran tuan tanah persendirian dengan syarat dapat dibuktikan bahawa rumah tersebut didiami atau di bawah kawalan (pemegang kunci) pemohon dan tidak lagi perlu merujuk kepada MPPP/MPSP. Melalui WSIA, sekiranya paip yang perlu disambung bagi tujuan bekalan air perlu melalui lot bersebelahan dengan lot rumah pemohon, maka kebenaran tuan tanah tersebut samada tanah Kerajaan atau tanah persendirian adalah diperlukan.
Bagi rumah-rumah yang berada di atas tanah Kerajaan, pemohon perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Negeri atau pentadbir tanah. Sekiranya, proses permohonan bekalan air dipatuhi seperti yang digariskan oleh WSIA, maka tiada sebarang kelewatan timbul. Kelewatan kebiasaannya berlaku disebabkan oleh kelewatan atau ketidakpatuhan syarat-syarat termasuk oleh tukang paip.
(c) Semua pelan Rumah Kediaman tiga (3) Unit Ke Bawah (Rumah Kampung) diluluskan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap di bawah program Transformasi kecuali bagi kes-kes yang memerlukan rujukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah & Tanah (PTD) dan Jabatan Teknikal lain yang berkaitan. Tempoh rujukan ke Jabatan Teknikal adalah tujuh (7) Hari bagi memberi maklumbalas. Setelah ulasan diterima, pematuhan syarat pada Pelan Bangunan perlu dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh surat dikeluarkan oleh Principal Submitting Person (PSP). Permohonan akan dibatalkan sekiranya PSP gagal mengembalikan pelan pematuhan syarat dalam tempoh 10 hari berkenaan.
Permohonan nombor patil hanya diberikan selepas Pelan Bangunan diluluskan.