Jawapan
7. Antara usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagimeningkatkan mutu kualiti air Sungai Juru adalah seperti kerja penyelengaraan berkala dan berkesan sepanjang tahun sebanyak 6 pusingan. Kerja penyelengaraan meliputi memotong rumput, memungut dan membawa keluar sampah / tumbuhan liar di dalam air keluar dari tapak termasuk di perangkap sampah. Kekerapan mengangkut keluar sampah di struktur perangkap sampah adalah sekali setiap bulan. Selain itu, pemasangan perangkap sampah jenis Log Boom juga dipasang di beberapa lokasi kritikal di kawasan hulu sungai bagi mengatasi pencemaran sampah terapung dipunca pencemaran. Melalui penubuhan jawatankuasa pencemaran sungai peringkat negeri, punca-punca pencemaran telah dikenal pasti dan disenaraikan. Perancangan untuk mengatasi pencemaran serta meningkatkan kualiti air sedang dirangka dan dilaksanakan.
Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui MPPP dan MPSP mendidik rakyat menjadi lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai dan parit melalui program-program seperti berikut :
i. Menganjurkan Pertandingan Anugerah Sekolah Hijau
Anugerah Sekolah Hijau disertai oleh 105 buah sekolah pada tahun 2014 yang melibatkan Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kriteria penilaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:
• Perancangan dan pengurusan
• Amalan sisa sifar
• Kebersihan dan penghijauan
• Pengurusan sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan
• Program inovasi dan kreativiti
• Penglibatan komuniti
Pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang mengambil bahagian melaksanakan kriteria tersebut di sekolah dan di rumah. Program ini berjaya mendidik rakyat untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai dan parit.
ii. Menganjurkan Pertandingan Komuniti Mampan
Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada inisiatif-inisiatif hijau yang dijalankan oleh komuniti dalam menjaga kualiti alam sekitar dan kemampanan komuniti. Antara aktiviti- aktiviti inisiatif komuniti mampan yang dijalankan peserta adalah seperti berikut :
• Kitar semula
• Pengasingan di punca (segregation at source)
• Kompos
• Eco Enzim
• Jus Enzim
• Penanaman pokok, pengindahan dan pembersihan kawasan
• Kebun kejiranan
• Sesi pendidikan berkenaan dengan isu
pembangunan mampan
• Kesedaran ke atas rancangan kemajuan, impak alam sekitar, sosial dan ekonomi
• Kesedaran dan penyertaan dalam program MPSP dan agensi lain
• Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, bukit, sungai dan tasik
• Skim menganak-angkat kemudahan awam
• Skim pengawasan kejiranan dan kawalan keselamatan
• Sambutan Perayaan Hari Kebesaran
• Cintai kemudahan awam
• Gotong-royong
• Penyediaan kemudahan bagi kumpulan OKU dan Warga Emas
Kriteria penilaian adalah seperti berikut:
• Perancangan dan pengurusan
• Amalan sisa sifar (4R)
• Kebersihan dan penghijauan
• Penglibatan komuniti
Dengan penglibatan komuniti, penduduk akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar terutamanya terhadap kebersihan sungai dan parit.
iii. Mengadakan Bengkel membuat mudball bersama sekolah, komuniti dan pihak swasta.
Mudball yang diperbuat daripada bahan buangan dapur boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti air sungai. MPPP dan MPSP mengadakan program melontar mudball di sungai-sungai di Bahagian Pulau seperti Sungai Pinang, Sungai Kelian, Sungai Mas Batu Feringghi dan di Seberang perai seperti Sungai Juru dan Sungai Derhaka sebagai susulan kepada program bengkel membuat mudball. Melalui program ini, MPPP dan MPSP yakin masyarakat akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan sungai
iv. Menubuhkan Eco Rangers di Sekolah – sekolah Menengah
Tujuan penubuhan Eco Rangers adalah untuk memberi kesedaran awal tentang penjagaan alam sekitar kepada para pelajar. Ahli Eco Rangers didedahkan dengan pengalaman sebenar di dalam mengutip sampel kualiti air sungai dan bekerjasama dengan masyarakat dalam menjaga sungai. Komuniti dan pelajar akan bersama-sama dalam menjaga kebersihan sungai.
v. Menubuhkan Ranger Sungai
Ranger Sungai ditubuhkan bagi membantu membersihkan parit dan sungai apabila hujan lebat. Dengan adanya engagement bersama komuniti, ia akan memberi kesedaran dalam menjaga kebersihan sungai.