Jawapan
Permohonan pembiayaan 80% dari Kerajaan Negeri dan 20% dari pengurusan penduduk adalah bertujuan untuk membantu projek - projek perumahan kos sederhana rendah dan kos rendah swasta. Permohonan boleh dibuat kepada pihak UPEN. Setelah pihak UPEN menerima permohonan tersebut, dalam tempoh satu hingga 3 hari bekerja , pihak UPEN akan memanjangkan permohonan tersebut kepada pihak Jabatan Kewangan Negeri (JKN) bagi mendapatkan kelulusan bagi melaksanakan projek tersebut. Di peringkat JKN, dan pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri, akan dimohon atas cadangan pembiayaan serta agihan 80:20. Pihak JKN seterusnya akan memaklumkan terus kepada pemohon dan sesalinan kelulusan kepada UPEN dalam tempoh 10 hari bekerja mengenai kelulusan tertakluk kepada kesempurnaan dokumen yang dihantar. Di dalam surat kelulusan tersebut akan dimaklumkan jumlah 20% yang perlu dibayar penduduk diperakaunkan kepada akaun Kerajaan Negeri sebelum urusan pengeluaran inden kerja dikeluarkan oleh pihak UPEN.
Setelah kerja - kerja diselesaikan dan disahkan, pihak UPEN akan membuat proses pembayaran dalam tempoh 7 hari bekerja kepada kontraktor.