Jawapan
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) setakat ini tidak mempunyai atau tidak mengendalikan sekolah berasrama percuma kepada pelajar-pelajar miskin di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, MAINPP melalui Zakat Pulau Pinang telah menyediakan asrama di Pongsu Seribu yang diberi nama Inapan Kasih Sayang. Asrama ini disediakan bagi menempatkan pelajar-pelajar dari keluarga miskin bagi membolehkan mereka mendapatkan kemudahan belajar yang sempurna. Setakat ini seramai 130 orang pelajar Tahun 4 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang dan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena telah ditempatkan di sini.
--
Jawapan Disediakan oleh : En. Shahril Zamani Bin Md Zain (017-4797934)
Jawapan Disemak oleh : En. Mohd Farulizam Bin Che Meh (019-4817678)