MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Penggunaan bekas makanan polisterin akan menyebabkan pencemaran alam sekitar serta memudaratkan kesihatan manusia. Apakah rancangan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Tempatan dan apakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha penguatkuasaan larangan penggunaan bekas makanan polisterin?
Dun -
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Alam Sekitar

Jawapan
YB.DR AB MOHON YB JAWAB SOALAN INI
16.5.14

Tiada peranan khusus oleh Kementerian Kesihatan bagi melarang penggunaan bekas makanan polisterin. Walau bagaimanapun, terdapat Peraturan 27 dalam Akta Makanan 1985, yang menyatakan “tiada seorang pun boleh mengimport, mengilang, mengiklankan untuk jualan atau menjual atau menggunakan atau menyebabkan atau membenar supaya digunakan dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan untuk jualan, apa-apa bungkusan, perkakas, bekas atau bejana yang mengeluarkan atau boleh mengeluarkan pada kandungannya apa-apa bahan yang beracun, merosakan atau mencacatkan atau yang boleh membantu dalam pemerosotan makanan itu”.

Pada masa ini, Kementerian Kesihatan hanya memperuntukan larangan penggunaan bekas dalam pembungkusan makanan yang melibatkan peralatan yang mengandungi Bisphenol A (BPA), seperti botol susu, dan barangan seramik.

Sementera itu, Kerajaan Negeri pada tahun 2010 telah melancarkan Program Larangan Penggunaan Polisterin yang dilaksanakan oleh kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang. Program ini dimulakan dengan peringkat pendidikan dan kesedaran terhadap risiko dan keburukan akibat penggunaan polisterin sebagai bekas menyimpan makanan dan minuman. Selain daripada itu,semua majlis yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dilarang sama sekali untuk menggunakan bekas polisterin.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan arahan larangan ini melalui syarat pelesenan tambahan yang diberikan kepada pemegang-pemegang lesen dan juga syarat sewaan ruang niaga yang disediakan oleh MPPP dan MPSP. Berdasarkan pemantauan yang dibuat hampir kebanyakkan premis-premis, penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga mematuhi arahan larangan menggunakan bekas polisterin ini.
Kembali