MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Elaun tetap guru Sekolah Agama Rakyat adalah sebanyak RM800.00 sebulan. Berapakah peruntukan yang digunakan untuk membayar elaun tetap kepada Guru Agama KAFA setiap bulan dan mengapa MAINPP tidak mengambil inisiatif dalam mengkaji semula elaun tetap yang di bawah paras kemiskinan supaya diselaraskan mengikut gaji minima iaitu sebanyak RM900.00?
Dun -
Exco YB. DATO HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Perkara Bayaran Elaun

Jawapan

(a) Elaun Guru SAR/KAFA sebenarnya adalah RM900.00 sebulan yang mana komponen elaun yang diterima oleh Guru SAR/KAFA adalah terdiri daripada:-

(i) Peruntukan Persekutuan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
(ii) Peruntukan Kerajaan Negeri; dan
(iii) Sumbangan per kapita daripada Jabatan Pelajaran


JADUAL PERINCIAN ELAUN GURU SAR/KAFA DI PULAU PINANG SEPERTI DI JADUAL DI BAWAH

BUTIRAN RM RM
(MAKSIMUM) (MINIMUM)

Peruntukan Persekutuan (JAKIM) 800.00 800.00
Peruntukan Kerajaan Negeri 50.00 50.00

Sumbangan Sekolah * 50.00 - 300.00

(Per kapita Jabatan Pelajaran
Negeri dan Yuran)

Jumlah Elaun Guru SAR 900.00 - 1,200.00

(a) Sumbangan Sekolah (Per kapita Jabatan Pelajaran Negeri dan Yuran) merupakan sumbangan daripada Jabatan Pelajaran kepada SAR/KAFA sebanyak minimum RM50.00 dan maksimum RM300.00 bergantung kepada bilangan murid.

(b) Elaun Guru SAR/KAFA di Pulau Pinang adalah sebanyak RM900.00 sebulan iaitu RM800.00 ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, RM50.00 ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan dan RM50.00 sumbangan sekolah. Dengan jumlah Guru KAFA seramai 1,420 orang maka jumlah elaun yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1,136,000.00 sebulan manakala Kerajaan Negeri menanggung sebanyak RM71,000.00 sebulan.

(c) Program KAFA adalah program Kerajaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, kenaikan elaun ini perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM. Berdasarkan kepada kadar elaun yang diterima ini didapati elaun Guru SAR adalah melebihi gaji minimum RM900.00 sebulan dan melepai Garis Paras Kemiskinan.

Sungguhpun begitu Kerajaan negeri juga menyalurkan bantuan khas tahunan (bonus) kepada guru SAR/KAFA, contohnya pada tahun 2013 berjumlah RM 1,106,200.00 yang diberikan sebanyak dua kali sempena sambutan Hari Raya dan akhir tahun.

Selain itu, kerajaan negeri juga menyalurkan bantuan tahunan kewangan berjumlah RM1.75 juta setiap tahun kepada SAR dan Sekolah Tahfiz.


Kembali