MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Apakah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membela peniaga-peniaga kecil bermodal rendah (misalnya kedai runcit) yang diancam oleh peniaga-peniaga bermodal tinggi (misalnya Tesco) di setiap daerah Negeri Pulau Pinang?
Dun -
Exco YB. DATO HAJI MOHD. RASHID BIN HASNON
Perkara Ekonomi

Jawapan
1. Sebagai usaha untuk membela peniaga-peniaga kecil bermodal rendah, Kerajaan Negeri melalui PDC telah melaksanakan Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) dengan bajet berjumlah RM7 juta iaitu sumbangan Kerajaan Negeri RM3.5 juta dan sumbangan PDC sebanyak RM3.5 juta. Sehingga April 2014, PDC telah memberi pinjaman kepada 1,744 peminjam dengan jumlah RM7,063,630.40. Disamping itu penubuhan pusat-pusat SMI juga merupakan langkah untuk membantu keperluan ini.
Kembali