MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Di manakah premis-premis perniagaan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 2008? Bagi setiap premis ini, sila nyatakan jenis perniagaan dan sama ada telah dipenuhi.
Dun -
Exco YB. CHOW KON YEOW
Perkara Perniagaan

Jawapan
3. Di Bahagian Pulau, Negeri Pulau Pinang, MPPP hanya telah menyediakan 1 premis perniagaan sejak tahun 2008 iaitu Kompleks Letak Kereta Lebuh Victoria. Kompleks ini selain dari menyediakan tempat letak kereta ianya juga menyediakan premis perniagaan seperti berikut:

a) Kedai Runcit
b) Kedai Alat Tulis
c) Salon Rambut
d) Kedai Cermin Mata
e) Pejabat Peguam Bela
f) Kedai Makanan
g) Pejabat Jualan Kupon Letak Kereta
h) Kedai Menjual dan Menjahit Pakaian






Kompleks penjaja dan pasar baru di Seberang Perai yang disediakan sejak 2008 oleh MPSP adalah kompleks:-

i) Penjaja Taman Sentral, dan

ii) Kompleks Penjaja Taman Limbungan yang mana kedua-duanya adalah di Daerah Seberang Perai Utara.

Kedua-dua kompleks tersebut telah diisi dan tiada kekosongan. Kompleks ini dibina oleh pemaju dan diserahkan kepada MPSP seperti yang disyaratkan dalam Pelan Kebenaran Merancang.

i) Di samping itu MPSP juga menyediakan Pasar Perkampungan Juru yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri masih dalam pembinaan. Temuduga untuk mengisi ruang niaga telah dibuat dan penjaja yang berjaya akan memulakan perniagaan apabila pasar siap dibina.

ii) Pasar Taman Berjaya Nibong Tebal
Kerajaan Negeri membiayai projek naik taraf tambahan ruang niaga untuk pasar ini adalah sebanyak lapan (8) ruang niaga.
Kembali