MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan 14. (a) Berapakah peratus makanan adalah yang diimport dan berapa adalah hasil keluaran Pulau Pinang? (b) Bagi makanan yang diimport, sila berikan negeri atau negara pengeksport. (c) Apakah strategi Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar hasil agrikultur tempatan mendapat sambutan lebih baik berbanding dengan yang diimport?
Dun -
Exco YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
Perkara Pertanian/Penternakan/Perikanan

Jawapan
14. (a) Peratusan makanan yang diimport dan senarai negara pengeksport utama bagi ternakan adalah seperti di Lampiran A. Manakala pengeluaran subsektor makanan adalah seperti di Lampiran B. Seterusnya jumlah tangkapan ikan bagi tahun 2009 hingga 2013 adalah seperti di Lampiran C.

Di antara strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya hasil agrikultur tempatan lebih mendapat sambutan berbanding produk import adalah seperti berikut:-

1. Meningkatkan khidmat penambahbaikan pengeluaran hasil ternakan dan pertanian untuk memenuhi piawaian melalui Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SLAM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT), Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP) dan Skim Persijilan GVHP (Good Veterinary Hygiene Practice) untuk pemprosesan makan berasaskan IATn, serta Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPALM) untuk sektor akuakultur;

2. Membantu pengusaha Industri Asas Ternakan (IATn) dibantu untuk mendapatkan kelayakan bagi persijilan Veterinary Health Mark (VHM);

3. Mengadakan promosi produk-produk tempatan melalui karnival Agro Fest, konvensyen, Pesta Pulau Pinang dan pelbagai aktiviti promosi di peringkat negeri dan nasional bagi menerokai pasaran baru yang dilaksanakan sepanjang tahun;

4. Menggalakkan penyertaan pengusaha dalam kursus pemasaran, pelabelan dan peningkatan kualiti hasil kepada pengguna;

5. Mewujudkan halal hab bagi meningkatkan pasaran global;

6. Meningkatkan produktiviti di kawasan pertanian melalui penggunaan jentera, teknologi baru, penggunaan sumber secara maksima dan kaedah pengurusan yang tepat;

7. Meningkatkan pengeluaran makanan tempatan serta mengukuhkan pembangunan dan hubungan dengan sektor-sektor kecil makanan;

8. Memperkukuhkan khidmat pengembangan dan sistem penyampaian sebagai satu usaha mempercepatkan pemindahan teknologi serta menyediakan insentif untuk memajukan projek-projek pertanian;

9. Menggalak dan mewujudkan industri kecil asas tani seperti pemprosesan makanan daripada hasil ladang dengan menyediakan tempat ( bengkel / kilang kecil ) dan lain-lain kemudahan kelengkapan seperti mesin-mesin dan lain-lain peralatan; dan

10. Memberi kesedaran kepada petani dan masyarakat pengguna berkenaan amalan pertanian baik (Melalui Persijilan MyGAP, SOM dan GMP) bagi memastikan alam sekitar tidak dicemar dan dirosakkan akibat pembangunan pertanian tidak terkawal.
Kembali