Jawapan
26. Terdapat 2 perjanjian yang melibatkan Kerajaan Negeri dan pihak lain terhadap Projek Seri Tanjung Pinang adalah seperti berikut:-
i) Perjanjian Konsesi yang ditandatangani pada 4 Oktober 1990 antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan KGN-PDC Holdings Sdn Bhd. Perjanjian ini memberikan hak eksklusif untuk menuntut semula dan membangunkan kira-kira 980 ekar tanah di kawasan Tanjong Tokong, bahagian pantai Utara-Timur Tanjong Tokong.
ii) Perjanjian antara KGN-PDC Holdings Sdn Bhd dengan Tanjong Pinang Development Sdn Bhd. yang ditandatangani pada 5 Mac 1992 yang menyerahkan segala hak dan liabiliti di bawah Perjanjian Konsesi di atas.