Jawapan
Pada masa ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) melibatkan kawasan di Batu Kawan dan Bukit Minyak. Projek pembangunan ini merangkumi pembangunan Penang Science Park, Taman Perindustrian Bukit Minyak, Taman Perindustrian Batu Kawan, Perkampungan SME (SME Village), projek-projek perumahan dan bangunan komersial, hub pendidikan, hub BPO dan sebagainya. Pembangunan yang pesat di kedua-dua kawasan ini dijangka akan memberikan kesan positif kepada pembangunan daerah Seberang Perai Selatan (SPS) khususnya. Kerajaan Negeri melalui pihak PDC turut mempunyai hasrat untuk meluaskan projek-projek pembangunan ke kawasan lain di SPS termasuklah di kawasan DUN Jawi dan ianya masih lagi di peringkat perancangan awal.