Jawapan
29. Kesalahan meletakkan kenderaan di tepi jalan kawasan perumahan yang sering dilakukan oleh pemilik bas kilang, bas sekolah dan bas persiaran boleh diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengikut lokasi kesalahan dilakukan. Tindakan menunda kenderaan terbabit adalah langkah penguatkuasaan yang terbaik yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kerana mampu menyelesaikan masalah halangan lalu lintas yang membahayakan penduduk kawasan perumahan terbabit dengan segera. Pemilik kenderaan yang ingin membuat tuntutan semula bas yang ditunda perlu membayar upah simpan kenderaan pada kadar RM200.00 sehari untuk sebuah bas. Kelewatan menjelaskan bayaran ke atas bas yang ditunda tersebut akan mengakibatkan jumlah bayaran meningkat dari sehari ke sehari. Usaha ini adalah bertujuan untuk mendisiplinkan pemilik-pemilik bas tersebut dan dilaksanakan berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, penggunaan alat pengapit roda juga boleh dilaksanakan jika bersesuaian, namun tindakan penguatkuasaan sedemikian tidak membantu menyelesaikan masalah halangan lalu lintas di lokasi berkenaan dengan segera.
Selain daripada rondaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, kerjasama berterusan turut diperlukan daripada Persatuan Penduduk, para penghuni perumahan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) kawasan terbabit untuk membuat aduan segera apabila terdapat kes-kes pelanggaran sedemikian agar permasalahan yang sama tidak berulang.
Penyelarasan tindakan melalui kerjasama daripada pihak Cawangan Trafik PDRM Pulau Pinang turut diperolehi di mana saman telah dikeluarkan ke atas bas yang didapati melakukan pelanggaran sama ada di bawah Sek. 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan “Tidak Patuh Isyarat Lalu lintasâ€, Rule 16(1) LN 166/59 bagi kesalahan “Halangan Lalu Lintas†dan Rule 12(2) LN 166/59 bagi kesalahan “Meletakkan kenderaan di simpangâ€.