MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
19/05/2014
Soalan Berapa kerapkah pasukan penguatkuasa ini memantau masalah halal? CATATAN: Keputusan mesyuarat pada 30.4.2014 Perubahan bagi KJAB
Dun -
Exco YB. DATO HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Perkara Hal Ehwal Agama Islam

Jawapan
12. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) melaksanakan pemantauan/penguatkuasaan Pensijilan Halal mengguna pakai dua (2) kaedah iaitu Pemeriksaan Pemantauan Secara Berkala dan Pemeriksaan Pemantauan Berasaskan Aduan. Kekerapan pemantauan pemeriksaan/penguatkuasaan Pensijilan Halal adalah seperti berikut:-

i. Pemeriksaan Pemantauan Secara Berkala dijalankan secara tetap pada setiap bulan. Jumlah Pemeriksaan Pemantauan Secara Berkala bagi tahun 2013 adalah sebanyak 72 pemeriksaan dan tahun 2014 (sehingga April) adalah sebanyak 61 pemeriksaan.

ii. Pemeriksaan Pemantauan Berasaskan Aduan adalah secara serta merta. Jumlah Pemeriksaan Pemantauan Berasaskan Aduan bagi tahun 2013 adalah sebanyak 40 pemeriksaan manakala tahun 2014 (sehingga April) adalah sebanyak 16 pemeriksaan.

Statistik Pemeriksaan Pemantauan dan Penguatkuasaan oleh JHEAIPP bagi tahun 2013 dan sehingga April 2014 adalah seperti di Jadual 1 dan 2.

Kembali