Jawapan
Tindakan yang diambil oleh MPSP dalam mengurangi populasi burung gagak adalah seperti berikut :
(i) Pemusnahan burung gagak di buat melalui kaedah menembak. Di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dan operasi ini dilakukan pada hari Sabtu, 2 kali sebulan seperti yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia dan mendapat kebenaran dari Jabatan Perhilitan. Jumlah burung gagak yang dimusnahkan di seluruh Seberang Perai bagi tahun 2013 adalah berjumlah 10,555 ekor dan agihan mengikut kaedah menembak adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
JADUAL 1
JUMLAH BURUNG GAGAK YG DIMUSNAHKAN BAGI TAHUN 2013
BULAN
JUMLAH
JAN
-
FEB
-
MAC
175
APR
314
MEI
586
JUN
931
JUL
1244
OGOS
809
SEPT
355
OKT
435
NOV
1019
JUMLAH
5868
Sejumlah 4687 ekor gagak lagi dan musnahkan dengan pengunaan perangkap, telur dan sarang.
Manakala bagi tahun 2012 jumlah keseluruhan gagak yang dimusnahkan adalah 9165 ekor. Agihan pemusnahan melalui tembakan melibatkan 6566 dan 2635 dimusnakan dengan perangkap dan lain-lain lagi.
(i) Pemusnahan sarang burung gagak dan telur dilakukan dengan cara menjolok sarang burung tersebut. Operasi ini berjaya menyekat pembiakan burung gagak.
(ii) Perangkap gagak dipasang di lokasi aduan untuk memusnahkan gagak. Berikut adalah senarai tempat yang dipasang dengan perangkap gagak dalam tahun 2013.
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Truelight Juru
• Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin, Sungai Rambai
• Pasar Awam Sungai Rambai, Bukit Mertajam
• Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Rambai, Bukit Mertajam
• Rumah Pam, Prai Industrial
• Setor Majlis di Mak Mandin
• Wisma Persekutuan, Bertam
• Menara Chartered, Butterworth
• Pasar Taman Berjaya, Nibong Tebal
• Kilang SKDM, Prai Industrial
• Kilang Toyota, Prai, Industrial
Pemasangan perangkap gagak akan disediakan berdasarkan permintaan dari warga Seberang dan kawasan-kawasan ‘Hot-Spot’.
Tindakan yang diambil oleh MPSP dalam mengurangi populasi tikus adalah seperti berikut :
(i)Mewujudkan satu unit di Jabatan Kesihatan MPSP yang di kenali Unit Kawalan LILATI ( Lipas Lalat dan Tikus)
(ii) Kawalan secara berjadual di jalankan di 27 Pasar Awam seluruh Seberang Perai. Purata pemeriksaan adalah 2 kali seminggu. Cara kawalan adalah memusnahkan lubang tikus dan mengumpan tikus di lokasi yang telah ditetapkan.
(iii)Tindakan terhadap aduan di buat sekiranya ada aduan dari penduduk awam terdapat banyak tikus di sekitar premis mereka.
(iv) Mengadakan gotong royong bersama penduduk.
Pencapaian kerja pemusnahan tikus dari bulan Januari - April 2014 adalah seperti berikut:
(1) Jumlah tikus di musnah melalui kawalan rutin – 1,064 ekor (260 premis pasar awam)
(2) Jumlah tikus di musnahkan melalui aduan - 320 ekor (22 aduan)
(3) Lain lain tindakan seperti gotong royong – 150 ekor (3 gotong royong)