Jawapan
16. Tindakan Kerajaan Negeri mengenakan Fi Kerajaan Tempatan bermula 1 Jun 2014 tidak akan membebankan pengunjung hotel malahan diyakini tidak akan menjejaskan pendapatan industri pelancongan negeri. Cadangan untuk mengenakan Fi Kerajaan Tempatan telah dibincangkan dan mendapat persetujuan bersama di antara Kerajaan Negeri dan pengusaha hotel. Tambahan pula Fi yang dikutip tersebut adalah kecil dan ia akan digunakan bagi tujuan pembangunan industri pelancongan negeri yang mana kesannya dalam jangka panjang akan turut dinikmati oleh pelancong dan sektor perhotelan di negeri Pulau Pinang.