MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Berapakah jumlah kutipan yang telah dikutip setelah Kerajaan Negeri mula mengutip Levi Hotel pada tahun ini dan apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan duit tersebut bagi menaiktaraf sektor pelancongan. Sila nyatakan dengan teliti.
Dun -
Exco
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Pengenaan Fi Kerajaan Tempatan ke atas sewaan bilik-bilik hotel di Pulau Pinang telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2014. Sehingga bulan September 2014, jumlah keseluruhan kutipan adalah sebanyak RM1,885,426.00 untuk seluruh Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak RM1,673,169.00 hasil kutipan Fi Kerajaan Tempatan daripada sewaan bilik-bilik hotel di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan RM212,257.00 di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YAB. Ketua Menteri dengan keahlian terdiri daripada YB. MMK Pembangunan Pelancongan, YB. MMK Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Pengurus Besar Penang Global Tourism Sdn. Bhd. dan wakil-wakil daripada pengusaha-pengusaha hotel di Pulau Pinang akan diwujudkan bagi membincangkan mengenai kaedah penggunaan kutipan hasil Fi Kerajaan Tempatan untuk tujuan pembangunan pelancongan.

Sungguhpun pada masa ini Kerajaan Negeri masih belum bermesyuarat dengan pihak berkenaan, tetapi di dalam perancangan yang sedia ada, hasil fi ini akan digunakan untuk perkara berikut:

i) Kegiatan lawatan dan promosi di luar negara
ii) Membangunkan industri “MICE” di Pulau Pinang
iii) Mencetakkan risalah-risalah pelancongan
iv) Mempromosikan “Cruise Tourism”
v) Membangunkan dan menambah baik infrastruktur pelancongan di Pulau Pinang
vi) Menghasilkan lebih banyak papan tanda dan “Billboard” pelancongan di sekitar Pulau Pinang
vii) Pengiklanan di dalam majalah-majalah

Disediakan oleh: Hazwani binti Ismail (0129072706)
Disemak oleh: En. Mohd Farulizam bin Che Meh (046505547)
Kembali