MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Huraikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melaksanakan "3 streams system of segregation at source" untuk menguruskan sisa pepejal dari segi penguatkuasaan , ekonomi, sosial dan alam sekitar demi mencapai sebuah Negeri hijau.
Dun -
Exco
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT MPPP dan MPSP telah melaksanakan "3 streams system of segregation at source" untuk menguruskan sisa pepejal . Kawasan ini melibatkan aspek penguatkuasaan, ekonomi, sosial dan alam sekitar demi mencapai sebuah Negeri hijau. adalah seperti berikut:-
Menurut MPSP, bagi melaksanakan sistem pengasingan dipunca, satu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan dan ianya dianggotai oleh pegawai-pegawai yang berpengalaman di dalam pengurusan sisa pepejal beserta dengan Pegawai Undang-Undang dari kedua-dua PBT untuk mengkaji dan menyediakan deraf pembentukan Undang-Undang Kecil Dasar Pengasingan Sampah Pihak Berkuasa Tempatan. Jawatankuasa ini di Pengerusikan oleh ADUN Tanjung Bunga.
Merujuk kepada Undang-Undang Kecil (UUK) Dasar Pengasingan Sampah yang masih dalam peringkat deraf adalah dinyatakan bahawa


tujuan UUK ini digubal adalah untuk mengawalselia pengurusan pengasingan sampah dari punca dan pembersihan awam.
Tujuan UUK ini dibuat adalah untuk menggalakkan dan memudahkan kitar semula dilaksanakan semaksimum mungkin di pihak isi rumah, perniagaan, kompleks komersial, industri dan institusi di dalam negeri Pulau Pinang.
Selain itu, ianya digubal untuk melaksanakan dan menguatkuasakan amalan dan prosedur yang berkaitan dengan kitar semula untuk diberikan kepada semua penjana sisa, syarikat pengangkutan sisa, syarikat pengumpul kitar semula yang terletak di dalam kawasan perbandaran.

Deraf tersebut telah dibincang dan menjurus kepada elemen-elemen utama seperti;
i. Penguatkuasaan terhadap aktiviti pengasingan di punca bagi semua kemudahan termasuk kediaman bertanah, bertingkat, komersial dan institusi.
ii. Kaedah dan jadual kutipan yang akan dilaksanakan termasuk kutipan bagi sisa pepejal, bahan boleh dikitar semula dan bahan organik termasuk sisa kebun dan dapur.
iii. Keperluan penyediaan tong secara berasingan bagi setiap jenis bahan untuk setiap premis melalui “3 streams system” bagi pengasingan di punca iaitu:-
- Sisa pepejal
- Barangan kitar semula
- Bahan organik termasuk sisa dapur dan kebun

iv. Penalti terhadap kesalahan bagi yang melanggari undang-undang ini.

Adalah diharapkan dengan wujudnya undang-undang ini, penguatkuasaan secara menyeluruh boleh diambil bagi mana-mana premis yang gagal mematuhi kehendak di bawahnnya dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan kesalahan seterusnya tidak melebihi seribu ringgit pada setiap hari keslahan tersebut.

Di samping itu, pengasingan di punca juga boleh menjana ekonomi masyarakat dengan menjadikan sisa sebagi satu sumber baru serta menjimatkan kos pengurusan MPSP yang melibatkan kutipan, pengangkutan dan pelupusan.

Kerjaan Negeri bertekad untuk mencapai negeri hijau melalui perkhidmatan sosial dan penjagaan alam sekitar dengan memperkasakan penglibatan masyarakat (community engagement) bagi meningkatkan aktiviti pengasingan di punca serta melestarikan alam sekitar dengan melibatkan program-program bersama masyarakat melalui Local Action 21 (LA 21) seperti program;

i. Kitar semula komuniti
ii. Pengkomposan Komuniti
iii. Pengkomposan berpusat (Pasar Bagan Ajam)
iv. Projek Komposter Aerob Ahli Majlis
v. Membuat sabun dari sisa lemak
vi. Sekolah Hijau
vii. Kempen ‘No Plastic Bag’
viii. ‘School Eco Rangers’
ix. ‘Community Farming’

Dari segi kawalan alam sekitar, MPPP mengambil pendekatan membangunkan dan memperluaskan model dan mekanisma pengurangan sisa pepejal seperti berikut:-

(a) Program Pengurangan Sisa Makanan yang melibatkan komuniti peniaga pasar, sekolah, pengurusan bangunan kediaman bertingkat tinggi dan kompleks makanan melalui kaedah decentralize segregation at source

(b) Projek Pengasingan Sisa Kebun dengan menggunakan kaedah Groundswell Composting Process

(c) Projek Ewaste Collection, Segregation dan Transportation from Households Recycling berasaskan kepada penglibatan komuniti peniaga barangan elektronik dan elektrik dan syarikat ‘Full Recovery Facility’

(d) Perancangan untuk membangunkan Stesyen Pemindahan Sampah Batu Maung yang mengandungi komponen untuk pemprosesan semula sisa makanan dan sisa kebun yang telah diasingkan

(e) Perancangan untuk memantapkan sistem dan teknologi pengurusan sisa pepejal di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burong (Sanitary Landfill Level IV) melalui rancangan penyediaan kemudahan rawatan leachate (mobile leachate treatment plant), ecopark, material recovery facility, dan refuse derived fuel

Dari segi kawalan perundangan dan penguatkuasaan yang berkaitan dengan aspek tanggungjawab mengurangkan penjanaan sampah di kalangan pelbagai pihak yang menjana, antara langkah-langkah yang diambil untuk mengkaji semula polisi dan perundangan adalah seperti berikut:-

(a) Merangka Mekanisma Waste Generator Pay Principle for Industrial and Commercial Waste bagi mengawal aktiviti pengangkutan, pelupusan dan pengurangan sampah
(b) Merangka Mekanisma Waste Generator Principle for Construction and Demolition Waste dan penyediaan Garispanduan Pengurusan dan Pengurangan Sisa di peringkat pemajuan.

(c) Mengkaji semula aspek-apsek perundangan yang berkaitan bagi penguatkuasaan pengasingan sisa.

Dari segi keberkesanan ekonomi, kebanyakan projek dan program pengurangan sisa yang telah diusahakan setakat ini adalah berpandukan kepada model Public Private Partnership Programme (PPP). Sebagai galakan, masyarakat yang melaksanakan program kitar semula dapat memperolehi pendapatan tambahan melalui hasil jualan bahan kitar semula yang disalurkan untuk kegunaan komuniti. Namun, sebarang bentuk insentif kewangan daripada MPPP bagi sesuatu pelaksanaan projek komuniti pengasingan sampah adalah mengambilkira faktor penjimatan kos yang paling ketara iaitu dari segi bayaran ‘tipping fees’. Di bawah kontrak pungutan sampah dan pemindahan sampah yang baru, MPPP juga telah menetapkan kajian semula kadar bayaran sekiranya terdapat pengurangan sampah selepas sesuatu jangka masa kontrak.

Dari segi sosial, MPPP mengambil pendekatan seperti berikut:-

(a) Program Pengwujudan Pusat Sumber Alam Sekitar / Pusat Pengasingan Sisa Komuniti yang berperanan untuk merealisasikan pelbagai program yang berbentuk kesedaran dan penglibatan masyarakat seperti Pusat di Taman Sri Nibong, Pulau Tikus serta Kampung Batu Uban.

(b) Program Pengurangan Sisa Sifar bagi komuniti sekolah melalui program seperti Anugerah Sekolah Hijau dan Anugerah Kitar Semula.

(c) Menggalakkan penglibatan masyarakat setempat khsusunya daripada komuniti Rukun Tetangga untuk mempergiatkan aktiviti pengurangan sisa.
Disediakan Oleh: Hasnah Sulaiman (012-443 2112)
Disemak oleh : Mohd Lokman Hakim Bin Syed Sultan (017-4779796)
Kembali