MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Huraikan mengapa kes rayuan Pilihanraya Tempatan ditolak. Apakah langkah selanjutnya oleh Kerajaan Negeri? Demi pendemokrasian, adakah Kerajaan Negeri mengubahsuaikan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk menghadkan tenureship Y.A.B. Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Mahkamah Persektuan telah menolak Petisyen Pemula Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai pilihan raya Kerajaan Tempatan kerana ia bercanggah dengan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. Sehingga kini Kerajaan Negeri masih lagi meneliti keputusan tersebut serta sedang berusaha untuk mendpat pandangan tambahan bagi menentukan tindakan susulan menengai cadangan mengadakan pilihan raya Kerajaan Tempatan. Sehingga kini, Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak menetapkan perkhidmatan seseorang Ketua Menteri.
Kembali