MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melatih atlet elit? Sila nyatakan berapakah jumlah atlet elit di bawah latihan Kerajaan Pulau Pinang dan jumlah peruntukan yang ditawarkan mengikut acara sukan dari tahun 2008 hingga 2014.
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
10. Sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia XVIII Kuala Lumpur 2015 dan Sukan Malaysia XIX Sarawak 2016, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah memastikan setiap atlet-atlet elit yang terpilih mewakili negeri Pulau Pinang menjalani latihan secara berterusan sejak berakhirnya Sukan Malaysia XVI Kuala Lumpur 2013 dan Sukan Malaysia XVII Perlis 2014.

Kesemua atlet-atlet negeri Pulau Pinang perlu menjalani latihan secara berterusan untuk sekurang-kurangnya 5 hari setiap minggu dengan jangka waktu latihan selama 3 hingga 5 jam setiap sessi atau 32 jam sebulan.

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut menyusunatur serta melaksanakan beberapa rancangan dan program pembangunan sukan kepada atlet-atlet ini yang meliputi:-

(i) Mengikat kontrak dengan atlet yang berpotensi menyumbangkan pingat didalam Sukan Malaysia XVI Kuala Lumpur 2013 dan Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 bagi mewakili negeri Pulau Pinang dalam Sukan Malaysia yang akan datang. Atlet-atlet yang terpilih sebagai atlet Elit akan dikategorikan sebagai Atlet Elit A (bagi penyumbang pingat Emas) dan Atlet Elit B (bagi penyumbang pingat Perak dan Gangsa). Atlet Elit A akan diberi pembayaran insentif sebanyak RM 500.00 sebulan dan Atlet Elit B dibayar sebanyak RM 300.00 sebulan bagi menjalani latihan untuk mencapai kejayaan di kejohanan Sukan Malaysia XV Pahang 2012.

(ii) Para atlet juga didedahkan kepada pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan ataupun negeri-negeri lain sebagai persediaan menimba pengalaman dan memantau prestasi pencapaian semasa. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menghantar atlet dan pasukan menyertai pertandingan didalam dan luar negeri Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pasukan dan lawan.

(iii) Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara Cawangan Pulau Pinang dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Majlis Sukan Negara juga mengadakan latihan suaian fizikal, aktiviti-aktiviti psikologi dan ujian kecergasan fizikal bersama dengan atlet-atlet sukan negeri secara harian mengikut “Sains Sukan” dalam memastikan prestasi atlet dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

(iv) Mengadakan kem latihan mingguan dan berpusat kepada setiap sukan yang dipertandingkan di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebagai langkah mewujudkan program latihan pusat untuk pemantapan atlet-atlet negeri.

(v) Mengadakan kem latihan kekuatan Mental dan Fizikal untuk semua atlit yang terlibat serta juga mengadakan kem bina semangat untuk atlet/jurulatih/penyelaras sukan bagi memastikan kontinjen Pulau Pinang bersedia menghadapi segala rintangan di gelanggang perlawanan kelak

Id50/dv 2
(vi) Memberi bantuan kepada semua persatuan sukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan sukan di setiap lapisan atlet.

(vii) Menyediakan atau membantu persatuan/atlet/jurulatih dari segi peralatan dan kemudahan sukan di peringkat Negeri Pulau Pinang.

(viii) Kerjasama erat bersama persatuan-persatuan sukan negeri juga dipertingkatkan dengan mengadakan sessi perbincangan dan mesyuarat jawatankuasa kerja bersama persatuan sukan negeri dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi pembangunan sukan atlet di Negeri Pulau Pinang.

(ix) Penyediaan bantuan dalam pemakanan tambahan (Food Supplement) kepada atlet elit bagi meningkatkan lagi tahap kecergasan atlet, menggantikan tenaga keluar, meningkatkan lagi kadar metabolisme dan membantu pertumbuhan badan.

Jumlah peruntukan yang ditawarkan mengikut acara sukan dari tahun 2008-2014 adalah seperti di Lampiran yang disertakan.
Kembali