Jawapan
a) Dasar Kerajaan Negeri bagi cadangan membangunkan tanah yang terdapat setinggan ialah pemaju berkenaan perlu menyelesaikan masalah setinggan terlebih dahulu sebelum pelan kebenaran merancang diluluskan.
b) Kerajaan negeri telah menyediakan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP) yang telah mengenalpasti beberapa buah perkampungan tradisional untuk dikekalkan. Namun begitu, pewartaan Kampung Tradisional melalui RSNPP masih lagi diperingkat pelaksanaan dan dijangka mengambil masa yang panjang kerana terlibat dengan isu tanah terutamanya tanah berimilik. Selain itu, isu pengkalan data sejarah dan persempadanan kampung juga dalam peringkat penilaian. Berikut adalah senarai kampung tradisional sepertimana terdapat di Dasar Sektoral 33 di bawah RSNPP:
Bahagian Pulau
Kampung Seronok, Kampung Sungai Rusa, Kampung di Telok Bahang, kampung – kampung nelayan di Balik Pulau, Kampung Sungai Batu, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Masjid Teluk Kumbar, Kampung Bukit Gemuroh, Kampung Kongsi, Kampung Paya Telok Kumbar, Kampung Paya Kongsi, Kampung Titi Teras, Kampung Perlis, Kampung Pondok Upeh, Kampung Kuala Sungai Pinang, Kampung Pantai Acheh, Kampung Sungai Pinang, Kampung Kuala Jalan Bharu, Kampung Sungai Korok, Kampung Bukit Bayan Lepas, Kampung Binjai, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Genting dan Kampung Terang.
Seberang Perai
Kampung Cherok To' Kun, Kampung Machang Bubuk, Kampung Bukit Teh, Kampung Junjung, Kampung Alma, Kampung Baru, Kampung Bukit Minyak, Kampung Kuala Tasik, Kampung Teluk, Kampung Manggis, Kampung Tok Subuh, Kampung Bukit Kecil di Bukit Mertajam, Kampung Seri Kijang, Kampung Mengkuang Titi, Juru, Kampung Kota Aur, Kampung Pinang Tunggal, Kubang Menerong, Kampung Ara Kuda, Kampung Tasek, Kampung Besar (SPS), Kampung Sungai Acheh, Sg Gelugur, Kg Surau, Kg.Masjid Timah di Penanti.
Disediakan oleh: Muhamad Fariz bin Osman (019-4495002)
Disemak oleh : Mohd Farulizam bin Che Meh (019-4817678)