MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
30/04/2015 12:00:00 PM
Soalan Huraikan strategi dan langkah-langkah kerajaan agar penempatan dan pampasan dilakukan sewajarnya apabila pindah berperintah dilaksanakan pemaju ke atas sesuatu kampong tradisional dan setinggannya agar hak asasi setinggan dan keharmonian sosial terpelihara dengan adil, misalnya Kampong Mutiara di Batu Feringghi. CATATAN: PN MASAYU MOHON TN JAWAB SOALAN INI. 13.10.14
Dun -
Exco
Perkara --

Jawapan
Bagi kes-kes yang melibatkan perpindahan keluar penduduk dari sesuatu tapak pembangunan, Kerajaan Negeri mempunyai Garis Panduan Bayaran Pampasan mengenai penempatan semula setinggan ke tapak baru. Dalam kes-kes tertentu juga terdapat keadaan di mana penduduk tidak disediakan tapak gantian, tetapi sedia menerima bayaran pampasan secara tunai mengikut formula yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, Garis Panduan ini hanya terpakai untuk pembangunan yang melibatkan Tanah Kerajaan Negeri sahaja. Manakala pembangunan ke atas tanah persendirian yang melibatkan perpindahan setinggan, Kerajaan Negeri mengenakan syarat supaya pemaju mengambilkira pemberian pampasan kepada setinggan atau mengambilkira program penempatan setinggan. Syarat yang dikenakan ini akan dimasukkan semasa permohonan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (KM) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam hal ini pihak pemaju diminta memberikan akujanji bahawa mereka akan menyelesaikan isu setinggan mengikut kaedah mereka sendiri. Tanpa aku janji dan pengesahan pemaju serta penerima dan penduduk untuk menyelesaikan masalah setinggan, pelan kebenaran merancang (KM) tidak akan diluluskan.

Akan tetapi, bekenaan isu penempatan, perpindahan dan bayaran pampasan bagi Kampung Mutiara di Batu Feringghi ia adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri memandangkan tanah tersebut adalah milik persendirian. Kerajaan Negeri tidak mempunyai locus standi untuk campur tangan atau dalam erti kata lain, kes ini adalah kes mahkamah antara tuan tanah dengan penduduk semata-mata. Kerajaan Negeri sedia akur atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah.
Kembali