Jawapan
Jumlah terkumpul hasil kutipan 20 sen duit beg plastik untuk tahun 2013 dan 2014 ialah RM 1,826,839.24. Penyumbang-penyumbang utama bagi kutipan ini adalah seperti di lampiran 'A'.
Semua kutipan akan dimasukkan ke dalam Akaun Bendahari Negeri Pulau Pinang. Tabung kewangan ini hanya boleh digunakan untuk Agenda Ekonomi Saksama. Pihak Berkuasa Tempatan telah mengenakan syarat tambahan pembaharuan lesen perniagaan di bawah peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976, iaitu pengusaha perniagaan diwajibkan turut serta dalam program ini.
Setakat ini, semua hypermarket, supermarket, departmental store, kebanyakan chain store seperti 7-eleven dan KFC di Pulau Pinang telah pun mengambil bahagian dalam kempen ini secara sukarela dan telahpun menyerahkan wang kutipan kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri sedang mengesan dan menyiasat syarikat yang mengutip 20 sen tetapi tidak menyerahnya kepada Kerajaan Negeri.