Jawapan
(a)Sebanyak tujuh (7) sungai yang masih tercemar berada di kelas III dan kelas IV di Pulau Pinang iaitu Sungai Jawi, Sungai Jelutong, Sungai Pinang, Sungai Juru, Sungai Kereh, Sungai Perai dan Sungai Pertama. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang(JPS) dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JAS) telah mengambil langkah bagi mengatasi dan mengawal tahap pencemaran sungai-sungai yang terlibat. Antaranya adalah:-
(i)Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang sungai secara berkala yang merangkumi kerja kutipan sampah di setiap perangkap sampah dan pemotongan rumput di rizab sungai;
(ii)Membina struktur penahan tebing;
(iii)Menubuhkan pasukan Taskforce Pencemaran Sungai dan Pantai bagi memantau,merekod, mengenalpasti dan mengatasi punca-punca pencemaran sungai dan pantai;
(iv)Menjalankan program pencegahan dengan melaksanakan kempen seperti River Ranger, River Care Sungai Pinang, latihan dan program kesedaran kepada golongan komuniti dan juga pelajar sekolah;
(v)Mengedarkan risalah dan brosur sebagai medium penyebaran maklumat dan promosi ke arah mendidik masyarakat agar menjaga alam sekitar terutamanya penjagaan sungai;
(vi)Melaksanakan program pemulihan yang merangkumi kerja-kerja rawatan air dan lain-lain kerja berkaitan secara berkala di Sungai Pinang dan cabangnya,kerja-kerja pemasangan perangkap sampah GPT (jenis Dr. Dec) di lokasi outfall discharge ke Sungai Pinang serta menjalankan kerja-kerja pengindahan rizab dan landskap; dan
(vii)Menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas premis perindustrian (agro-based dan pembuatan) dan loji rawatan kumbahan bagi memastikan pelepasan dari premis yang menghasilkan efluen tersebut mematuhi had pelepasan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan perundangan termasuk kompaun dan tindakan mahkamah di samping akan diberi notis supaya meningkatkan kecekapan sistem pengolahan efluen/ kumbahan masing-masing supaya dapat mengolah efluen mematuhi had-had yang ditetapkan di bawah akta dan peraturan-peraturan di bawahnya.
(b)Sebanyak RM5.8 juta diperuntukkan untuk projek pemulihan dan rawatan air Sungai Pinang bagi tahun 2014 hingga 2017 dengan menggunakan teknologi IQPR. Manakala bagi sungai-sungai lain anggaran kos pemulihan adalah sebanyak RM 1 juta bagi setiap sungai.
Di samping itu, anggaran kos bagi projek 'high impact' untuk mengatasi pencemaran seperti Projek River of Life (ROL) Sungai Pinang adalah sebanyak RM390 juta dan Project River of Life (ROL) Sungai Juru dengan kos sebanyak RM70 juta sekiranya dipersetujui untuk dilaksanakan kelak.
(c)Status terkini sungai-sungai yang terlibat adalah seperti di Lampiran ID 160
Disediakan oleh : Roslin binti Md. Lazim (017-6502604)
Disemak oleh : Mohd Farulizam bin Che Meh (019-4817678)
Disahkan oleh : Dato' Abu Jamal bin Nordin (014-9344619)