Jawapan
a) Tindakan undang-undang yang boleh dikenakan oleh kedua-dua PBT ke atas pemaju yang terbukti menjadi punca berlakunya banjir lumpur di kawasan rendah adalah seperti berikut:-
i.Seksyen 70(A) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) – Apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan bagi suatu kesalahan yang berterusan denda yang boleh meningkat hingga lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.
ii.Undang-Undang Kecil Kerja Tanah Majlis Perbandaran Seberang Perai (1992) – Apabila disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit dan denda tambahan tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.
iii.Seksyen 87 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 – Notis menghendaki kacauganggu diberhentikan. Apabila disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.
iv.Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Notis menghendaki kacauganggu dihapuskan. Apabila disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jumlah kutipan denda yang dikutip oleh MPSP bagi bulan Januari 2013 hingga bulan September 2014 bagi pemajuan yang melibatkan kacau ganggu dan kerja Tanah adalah seperti di Lampiran A. Manakala bagi MPPP segala denda yang dikenakan oleh Mahkamah dibayar terus kepada Mahkamah dan bukan kepada MPPP.
Disediakan oleh: Hasnah binti Sulaiman 0194432112
Disemak oleh Mohd Lokman Hakim bin Syed Sultan 0174779796